
Kenyataan Media Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan pada 28hb Ogos 2021 di Shah Alam
LLRC mengucapkan taniah kepada YB M. Saravanan atas perlantikan semula beliau sebagai Menteri Sumber Manusia di dalam kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-9 YAB Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan pada 27hb Ogos 2021.
Kami berharap YB M. Saravanan dapat meneruskan pembaharuan undang-undang-perburuhan yang terhenti akibat pandemik COVID-19 dan pengumuman darurat pada Januari yang lalu. Dalam sidang parlimen yang akan bermula pada 6hb September, kami menyeru Menteri membentangkan pindaan Akta Kerja 1955.
Pindaan Akta Kerja 1955 akan membawa faedah besar kepada pekerja-pekerja Malaysia, iaitu pengurangan jam kerja mingguan, melindungi hak-hak pekerja berpendapatan rendah dan sederhana, larangan diskriminasi di tempat kerja, mengiktiraf pekerja rumahtangga sebagai pekerja, menambah hari cuti bersalin dan memperkenalkan cuti paterniti (untuk suami) dan lain-lain.
Kami juga meminta Menteri membentang dan meluluskan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 secepat mungkin. Oleh kerana perkaitan antara Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, kerajaan harus meluluskan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 baru secepat mungkin supaya pindaan Akta Perhubungan Perusahaan pada 2020 dapat dikuatkuasakan secepat mungkin.
N. Gopal Kishnam & Irene Xavier
Pengerusi Bersama
Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan
————————————————————
Press Statement by Labour Law Reform Coalition on 28 August 2021 in Shah Alam
๐๐๐๐ ๐๐จ๐ง๐ ๐ซ๐๐ญ๐ฎ๐ฅ๐๐ญ๐๐ฌ ๐๐ ๐. ๐๐๐ซ๐๐ฏ๐๐ง๐๐ง ๐๐จ๐ซ ๐๐ข๐ฌ ๐๐-๐๐ฉ๐ฉ๐จ๐ข๐ง๐ญ๐ฆ๐๐ง๐ญ ๐๐ฌ ๐๐ข๐ง๐ข๐ฌ๐ญ๐๐ซ ๐จ๐ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐จ๐ฎ๐ซ๐๐๐ฌ
Labour Law Reform Coalition congratulates YB M. Saravanan for his re-appointment as the Minister of Human Resources in the cabinet of the 9th Prime Minister YAB Ismail Sabri Yaakob, which was announced on 27 August 2021.
We hope that YB M. Saravanan will continue the labour law reform exercise halted by the Covid-19 pandemic and proclamation of emergency. In the upcoming parliament sitting beginning on 6 September, we urge the minister to table the Employment Act amendments.
The Employment Act amendments are expected to bring enormous benefits to Malaysian workers, such as reduction of weekly working hours, protect the rights of lower and middle income workers, prohibition of discrimination at workplace, recognition domestic workers as workers, increase of maternity leave and introduction of paternity leave and others.
We also call on the minister to introduce the Trade Union Act amendments and pass it in the parliament as soon as possible. Considering the inter-relationship between the Trade Union Act and Industrial Relations Act, the government must quickly pass the new Trade Union Act to effect the changes made in the Industrial Relations Act 2020.
N. Gopal Kishnam & Irene Xavier
Co-Chairpersons
Labour Law Reform Coalition