Kenyataan Media Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan pada 5hb Ogos 2021
๐๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ฃ๐ ๐๐ข๐ค๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐๐๐ฅ๐๐ฎ ๐๐๐ญ๐ฎ ๐๐๐ฌ ๐๐๐๐๐-๐๐ ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐ฒ๐๐ฐ๐ ๐๐๐ซ๐ ๐๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐
Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan (LLRC) terkejut mendengar sebuah kilang elektronik masih beroperasi secara biasa selepas 19 pekerja-pekerja elektronik mati kerana dijangkiti COVID-19. Nyawa para pekerja sebenarnya boleh diselamatkan jika pihak berkuasa mengambil tindakan pantas selepas mengesan COVID-19 di kilang elektronik tersebut.
Dalam 2 bulan yang lalu, statistik Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuktikan kebanyakan kluster baru COVID-19 adalah kluster tempat kerja. Tetapi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali tetap membenarkan kilang dan tempat kerja yang berjumlah tenaga kerja yang besar terus beroperasi selepas mengesan COVID-19, mengatakan kes-kes tersebut adalah sporadik.
Hakikatnya, surat kebenaran untuk beroperasi yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak mendapat sokongan sebahagian anggota kabinet kerana sebahagian pemilik kilang yang tidak layak menggunakan pintu belakang untuk berterus beoperasi.
Kami mengecam dasar-dasar industri dan kesihatan yang tidak mengutamakan nyawa para pekerja malah memberi keutamaan pula kepada kepentingan mereka yang mengeksplotaisikan tenagakerja khasnya dalam industri-industri ekspot semasa pandemik.
Kami menggesa kerajaan melaksanakan dasar-dasar industri dan kesihatan yang lebih ketat di semua tempat kerja, termasuk industri ekspot. Jika satu kes COVID-19 dikesan di tempat kerja, tempat kerja tersebut mesti ditutup dan semua pekerja harus diberi ujian saringan.
Setelah tempat kerja ditutup, majikan dan kerajaan mesti menjamin gaji para pekerja dibayar seperti biasa. Sebagai anggota Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), kerajaan Malaysia mesti menjamin perlindungan sosial para pekerja apabila tempat kerja terpaksa menghentikan operasi. Ini adalah kerana ahli-ahli keluarga termasuk orang tua dan kanak-kanak berhak kepada makanan dan taraf hidup yang memuaskan semasa pandemik.
N. Gopal Kishnam & Irene Xavier
Pengerusi Bersama
Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan