Tidak pernah ada masa yang lagi penting untuk menyertai kesatuan. Memandangkan 26 billionair memiliki aset sebanyak 50 peratus penduduk dunia yang termiskin, rakyat biasa semakin sukar untuk menampung kehidupan mereka. Kesatuan sekerja memperjuangkan untuk kepentingan pekerja supaya mereka mendapat bahagian keuntungan yang lebih adil, seterusnya membawa kepada ekonomi yang sihat dan masyarakat yang stabil. Jadi apa yang mereka tawarkan?
1. Gaji dan faedah yang lebih baik
Terbukti bahawa pekerja yang merupakan ahli kesatuan sekerja memperoleh pendapatan lebih daripada pekerja bukan kesatuan sekerja. Kesatuan sekerja menggunakan kekuatan kolektif mereka untuk berunding gaji yang lebih baik, pencen, cuti, insurans kesihatan, bayaran perubatan, kerja lebih masa dan banyak lagi. Kesatuan sekerja melancarkan rundingan dengan pihak pengurusan untuk mendapatkan tawaran terbaik untuk pekerja, jadi anda tidak perlu melakukannya.
2. Perlindungan diri
Kesatuan sentiasa berada di belakang anda. Bukan sahaja mereka memberitahu anda hak anda, mereka akan mempertahankan hak anda. Jika majikan anda melayan anda secara tidak adil, anda boleh bergantung pada sokongan dan perwakilan pakar daripada kesatuan anda. Wakil kesatuan sekerja ialah orang yang dipercayai untuk dihubungi apabila anda tidak berpuas hati di tempat kerja atau pengurusan berkelakuan buruk. Dan, apabila tempat kerja diubah oleh automasi dan robotik, kesatuan sekerja menuntut latihan, pembelajaran sepanjang hayat dan perlindungan sosial untuk pekerja beralih ke dunia pekerjaan baharu.
3. Kesaksamaan
Kesatuan sekerja memperjuangkan hak yang samarata dan gaji yang samarata. Mereka memerangi diskriminasi terhadap kaum, jantina, orientasi seksual dan ketidakupayaan. Mereka memupuk rasa hormat dan maruah di tempat kerja. Kesatuan sekerja mempromosikan hak bersalin, kerja fleksibel dan cuti paterniti berbayar, supaya tanggungjawab menjaga anak dikongsi bersama. Hari ini, beberapa kesatuan sekerja terbesar di dunia diketuai oleh wanita dan kesatuan sekerja secara aktif menggalakkan wanita dan golongan muda untuk mengambil peranan kepimpinan dalam struktur kesatuan. Sebagai wakil kesatuan sekerja, anda boleh menjadikan tempat kerja anda lebih baik.
4. Kesihatan dan keselamatan
Tempat kerja yang mempunyai kesatuan adalah lebih selamat – ini adalah satu fakta. Ini kerana kesatuan sekerja tidak akan membiarkan pekerja mendedahkan pekerja-pekerja kepada risiko untuk memenuhi sasaran pengeluaran atau menjimatkan wang syarikat. Satu-satunya orang yang mempunyai kuasa moral untuk menilai risiko, adalah mereka yang menghadapi risiko. Dan satu-satunya cara untuk bersuara adalah dengan mengadakan kesatuan. Dengan sokongan kesatuan sekerja, anda boleh berasa yakin untuk mengatakan tidak kepada kerja berbahaya tanpa kehilangan pekerjaan anda. Kesatuan sekerja berkempen tanpa jemu untuk keadaan kerja yang lebih selamat, dan boleh dihargai kerana menambahbaikkan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.
5. Solidariti
Kesatuan sekerja mempunyai rangkaian yang luar biasa yang menjangkau dunia. Kesatuan sekerja global, seperti IndustriALL, yang mempunyai lebih daripada 600 ahli gabungan kesatuan sekerja di 140 negara, boleh menggunakan keahlian berjuta-juta mereka untuk menarik perhatian syarikat terbesar. Kesatuan global boleh menimbulkan isu serius yang diabaikan di peringkat kilang atau pejabat, dengan pengurusan tertinggi syarikat multinasional. Selalunya, pengurusan kanan tidak menyedari masalah yang berlaku di kilang tempatan, dan kesatuan global boleh membantu menyelesaikan isu di tempat kerja. Apabila anda menyertai kesatuan, anda menyertai keluarga global.
Source : 5 reasons to join a union, IndustriALL Global Union
Photo : Solidarity, June 30, 1917, The Hand That Will Rule the World – One Big Union