Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani Dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) didaftarkan pada 24hb September 1963. Ia mewakili kerani-kerani dan pekerja-pekerja bersekutu di perkhidmatan awam persekutuan dan negeri-negeri.
Skop perwakilan AUEGCAS adalah seperti di bawah :
i. Pembantu Tadbir
ii. Pembantu Tadbir Rendah
iii. Operator Mesin Prosesan Data
iv. Operator Komputer
v. Operator Telefon
vi. Jawatan gred-gred bersekutu dari semua agensi kerajaan persekutuan atau negeri
Matlamat
Matlamat AUEGCAS ialah memastikan keadaan kerja yang munasabah bagi ahli-ahli dalam sektor awam, mewujudkan pergerakan kesatuan sekerja yang kukuh dan bebas, melindungi maruah, keselamatan pekerjaan, taraf hidup dan faedah-faedah yang lebih baik untuk ahli-ahlinya.
AUEGCAS bergabung dengan CUEPACS, MTUC dan Public Service International
Pimimpinan AUEGCAS 2022-2025
Presiden : Asman bin Haji Mohd Nawawi
Timbalan Presiden : Haji Zaulkefli bin Abd. Manaf
Setiausaha Agung : Amir Hamzar bin Yakat Ali
Penolong Setiausaha Agung : Haji Muhd Zawawi bin Haji Hassan
Bendahari: Suraya binti Ibrahim
Hubungi AUEGCAS
Sesiapa yang minat menyertai AUEGCAS sila hubungi kesatuan :
Alamat : No. 32 A Jln Gajah, Off Jalan Yew Pudu, 55100 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Malaysia.
Google Maps : https://goo.gl/maps/AUCj4U57JwY9NsQy8
Tel : 03-9285-9613
Faks : 03-9283-8632
Emel : auegcashq@gmail.com
Laman web : http://www.auegcas.org
Facebook : https://www.facebook.com/auegcasmalaysia