
[Please scroll down for English version]
Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Solidariti Pekerja dan Sumber Pembelajaran (LLRC) di Kuala Lumpur pada 17hb Oktober 2024
Pertubuhan Solidariti Pekerja dan Sumber Pembelajaran (LLRC) menyambut baik pelaksanaan Pindaan Akta Kesatuan Sekerja (Akta 262), Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2024 dan Peraturan-Peraturan Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2024.
Pindaan-pindaan ini adalah selari dengan prinsip kebebasan berpersatuan sebagaimana yang digariskan dalam Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) No. 87 mengenai Kebebasan Berpersatuan dan Perlindungan Hak untuk Berorganisasi.
Peraturan-Peraturan Perhubungan Perusahaan yang baharu ini memudahkan proses undi sulit (secret ballot) bagi pengiktirafan kesatuan sekerja. Jika 50% pekerja yang dituntut menyertai undi sulit dan majoriti mudah di peti undi, kesatuan tersebut akan diiktirafkan. Jika terdapat lebih daripada satu kesatuan yang diiktirafkan, hak agen perundingan tunggal (sole bargaining agent) akan diberikan kepada kesatuan yang memperoleh undi tertinggi.
Kami menyedari bahawa peraturan baharu itu adalah kemajuan sebagai tindak balas kepada kritikan kesatuan sekerja tentang ambang tinggi undi sulit (sebelum ini 50%+1 daripada semua pekerja yang dituntut). Pengiktirafan kesatuan baharu juga hampir mengehadkan bilangan kesatuan yang mendapat pengiktirafan kepada maksimum tiga.
Bagaimanapun, kami berpandangan bahawa dalam jangka panjang Peraturan Perhubungan Perusahaan (Pindaan) sepatutnya menetapkan dengan jelas bahawa proses pengundian sulit harus diteruskan sehingga 50% pengundi yang layak menyertai proses undi sulit. Langkah ini akan mengelakkan campur tangan majikan yang tidak diingini dan melindungi hak pekerja untuk memilih pertubuhan pekerja pilihan mereka sendiri.
Pindaan Akta Kesatuan Sekerja yang baru juga mengurangkan kuasa budi bicara Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) dalam proses pendaftaran kesatuan sekerja. Oleh itu, LLRC menyeru semua kesatuan sekerja di Malaysia untuk melangkaui perbezaan lalu dan memberi tumpuan kepada usaha mengorganisasikan lebih banyak pekerja dalam kesatuan sekerja.
Kajian menunjukkan bahawa syarikat yang mempunyai kesatuan sekerja terbukti mampu berunding gaji dan faedah yang lebih baik berbanding syarikat tanpa kesatuan. Oleh itu, usaha kolektif mesti diperkasakan untuk memperluas pengaruh kesatuan yang masih lemah pada masa kini dalam memperbaiki keadaan pekerja, menjamin gaji yang adil dan menyediakan faedah yang sesuai dalam pasaran buruh yang semakin berkembang.
Dalam mesyuarat baru-baru ini, LLRC telah sebulat suara bersetuju bahawa Gaji Minimum RM2,000 perlu dilaksanakan dengan segera. Langkah ini adalah penting untuk membantu pekerja menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat serta menangani isu penurunan sumbangan pampasan pekerja (CE) di Malaysia, yang jatuh kepada hanya 32.4% pada tahun 2022. Kini adalah masa yang tepat untuk menaikkan gaji minimum, khususnya memandangkan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) di negara ini.
LLRC turut menggesa kerajaan untuk segera membentangkan dan meluluskan pindaan Ordinan Buruh Sarawak di Parlimen bagi memastikan hak pekerja di Sarawak dilindungi, setara dengan perlindungan yang diberikan di bawah Akta Kerja 1955 di Semenanjung Malaysia.
Gopal Kishnam Nadesan
Setiausaha Agung LLRC
LLRC Urges Trade Unions to Leverage Trade Union Act Amendments in Organising More Workers
Labour Solidarity and Learning Resources Association (LLRC) welcomes the implementation of the Trade Union Act Amendment, the Trade Union Regulations (Amendment) 2024 and the Industrial Relations Regulations (Amendment) 2024.
These amendments align with the principles of freedom of association, as outlined in the ILO Convention 87 on Freedom of Association and Protection of the Right to Organise.
The Industrial Relations (Amendment) Regulations streamline the secret ballot process for union recognition, requiring the attendance of over 50% workers and a simple majority in the ballot box. If more than one union is involved in negotiating a Collective Agreement (CA), sole bargaining rights will be awarded to the union that secures the highest number of votes.
We recognize that the new regulation is an incremental progress in response to trade unions’ criticism about the high threshold of the secret ballot (previously 50%+1 of the claimed scope), the new union recognition also virtually limits the number of unions obtaining recognition to maximum three.
However, we are of the view that in the long run the Industrial Relations (Amendment) Regulation should clearly stipulate that the secret ballot exercise should continue until 50% of eligible voters turn out to cast their votes. This measure will preempt unwanted employer interference and protect workers’ rights to choose a worker organisation of their own choice.
Additionally, the new amendments to the Trade Union Act have reduced the discretionary powers of the Director-General of the Department of Trade Union Affairs (JHEKS) in the process of establishing trade unions. LLRC calls on all trade unions in Malaysia to move beyond past differences and focus on organising more workers into unions.
It has been proven that companies with unionised workforces can offer better wages and benefits compared to those without unions. Collective efforts must be strengthened to expand the currently weak union influence in improving workers’ conditions, ensuring fair wages and appropriate benefits in a rapidly evolving labour market.
Moreover, the LLRC meeting unanimously agreed that the Minimum Wage of RM2,000 should be implemented immediately. This step is crucial in helping workers cope with rising living costs and addressing the decline in the workers’ compensation contribution (CE), which dropped to just 32.4% in 2022. Now is the opportune time to raise the minimum wage, given the rising foreign direct investment in the country.
LLRC also urges the government to table and pass amendments to the Sarawak Labour Ordinance in Parliament to ensure that workers’ rights in Sarawak are protected in line with the Employment Act 1955 in Peninsular Malaysia.
Gopal Kishnam Nadesan
General Secretary of LLRC