[Please scroll down for English version]
Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Solidariti Pekerja dan Sumber Pembelajaran pada 9hb Julai 2024
Pertubuhan Solidariti Pekerja dan Sumber Pembelajaran (LLRC) menggesa Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk mengambil tindakan segera dengan menggantungkan pegawai yang terlibat dalam penyelewengan dana Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCorp) sebelum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghabiskan siasatan.
HRD Corp ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001 dengan tujuan mengenakan dan memungut levi pembangunan sumber manusia bagi menggalakkan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatih.
Walaupun jumlah kutipan levi telah meningkat, pengurusan HRD Corp telah menggunakan sebanyak RM3.77 bilion dana levi untuk menjalankan pelaburan berisiko tinggi seperti put and call option dan mengalami kerugian sebanyak RM80 juta seperti yang dinyatakan dalam Laporan Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang diumumkan baru-baru ini.
Laporan Ketua Audit Negara juga menyatakan bahawa HRD Corp telah mencatatkan kerugian tidak nyata sejumlah RM49.38 juta dan 7 daripada 9 elemen amalan terbaik tadbir urus korporat tidak diamalkan sepenuhnya.
Selain itu, siasatan PAC terhadap HRD Corp mendedahkan penganjuran acara mewah, perjalanan ke luar negara dan pelaburan berisiko tinggi dengan menggunakan hasil faedah daripada levi terkumpul. Ketirisan dan penyelewengan pengurusan dana yang bukan merupakan matlamat penubuhan HRD Corp telah menunjukkan kelemahan tatakelola tadbir urus syarikat.
Jawatan Pegawai Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat yang dipegang oleh orang yang sama, serta jawatan Pengerusi panel pelaburan yang juga merupakan Pengerusi ALP, telah menimbulkan tanggungjawab yang tidak jelas dan tidak dapat menjalankan tugas secara berkesan dan amanah.
Kenyataan Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud bahawa siasatan oleh SPRM tidak perlu mana-mana pegawai ditahan tugas atau digantung sementara adalah kenyataan yang tidak munasabah.
LLRC menyeru KESUMA mengambil tindakan segera untuk menjalankan siasatan dalaman dan menggantung pegawai yang terlibat dalam kes penyelewengan dana sehingga siasatan SPRM selesai bagi mengelakkan pegawai yang terlibat daripada menjejaskan bukti.
Selain itu, LLRC juga menyeru KESUMA mengambil kira cadangan penambahbaikan dalam Laporan PAC, terutama KESUMA harus melantik perunding bebas untuk melakukan pengauditan forensik keberkesanan program-program latihan yang dijalankan di bawah HRD Corp.
Gopal Kishnam Nadesan
Setiausaha Agung
Pertubuhan Solidariti Pekerja dan Sumber Pembelajaran
Media Statement issued by Labour Solidarity and Learning Resources Association (LLRC, previously known as the Labour Law Reform Coalition) at Kuala Lumpur on 9th July 2024:
𝐌𝐎𝐇𝐑 𝐒𝐡𝐨𝐮𝐥𝐝 𝐒𝐮𝐬𝐩𝐞𝐧𝐝 𝐇𝐑𝐃𝐂 𝐎𝐟𝐟𝐢𝐜𝐞𝐫𝐬 𝐁𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐌𝐀𝐂𝐂 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐬 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐬𝐭𝐢𝐠𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧
The Labour Solidarity and Learning Resources Association (LLRC) urges the Ministry of Human Resources (MOHR) to take immediate action by suspending officers involved in the misappropriation of Human Resource Development Corporation (HRD Corp) funds before the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) completes its investigation.
Human Resources Development Corp (HRD Corp) was established under the Human Resources Development Act 2001 with the aim of imposing and collecting human resources development levies to promote the training and development of workers, apprentices and trainees.
Despite the increase in levy collections, HRD Corp’s management has used RM3.77 billion of levy funds for high-risk investments such as put and call options, resulting in a loss of RM80 million, as stated in the recently announced Public Accounts Committee (PAC) Investigation Report.
The Auditor General’s Report also stated that HRD Corp recorded unrealized losses totaling RM49.38 million and did not fully practice 7 out of 9 elements of corporate governance best practices.
Additionally, the PAC investigation into HRD Corp revealed the organization of lavish events, overseas travel and high-risk investments using interest earnings from the accumulated levies. The leakage and mismanagement of funds, which do not align with the purpose of HRD Corp’s establishment, highlight weaknesses in the company’s governance.
The position of Legal Officer and Company Secretary held by the same person, as well as the position of Chairman of the investment panel who is also the Chairman of the Board, have created unclear responsibilities and the inability to perform duties effectively and with integrity.
The statement by MOHR’s Secretary-General, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, that the MACC investigation does not require any officers to be suspended or temporarily relieved of duty is unreasonable.
LLRC calls on MOHR to take immediate action to conduct an internal investigation and suspend the officers involved in the misappropriation of funds until the MACC investigation is complete to prevent the involved officers from tampering with evidence.
Furthermore, LLRC also urges MOHR to consider the improvement recommendations in the PAC Report, particularly that MOHR should appoint independent consultants to conduct a forensic audit of the effectiveness of training programs carried out under HRD Corp.
Gopal Kishnam Nadesan
Secretary-General
Labour Solidarity and Learning Resources Association (LLRC)