Buku Panduan Hak Pekerja

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun versi elektronik Buku Panduan Hak Pekerja

Kami bersyukur bahawa akhirnya buku panduan hak pekerja LLRC dapat diterbitkan pada pertengahan tahun 2023.

Semasa wabak Covid-19 berleluasa pada tahun 2020-2022, kami menyaksikan banyak kes pencabulan hak-hak pekerja seperti buruh paksa, pemecatan pekerja-pekerja dengan sewenang-wenangnya, paksaan pengambilan cuti tidak berbayar atau penolakan gaji walaupun keadaan kewangan majikan masih stabil.

Ini adalah kerana secara umumnya kesedaran hak pekerja dalam kalangan pekerja-pekerja, tanpa mengambil kira pekerja kolar biru atau putih, adalah agak rendah.

Kadang-kala pekerja tidak tahu bahawa kelakuan majikan telah melanggar Akta Kerja 1955, misalnya pengiraan waktu kerja yang salah, melebihi had kerja lebih masa, atau merampas pasport pekerja.

Ini ditambah lagi dengan ketidaktahuan mereka tentang kewujudan saluran aduan seperti Jabatan Tenaga Kerja. Apabila mereka merujuk kepada akta-akta, bahasa guaman yang terlalu rumit menghalang para pekerja memahami hak-hak mereka.

Oleh ini, Gabungan Reformasi Undang-Undang (LLRC) berpendapat satu buku panduan hak pekerja yang mudah difahami oleh para pekerja harus dihasilkan. Usaha ini bagi memastikan para pekerja, khususnya ahli-ahli kesatuan dapat menggunakan buku panduan tersebut untuk mempertahankan hak mereka.

Sejak Jun 2018, LLRC telah membuat kajian mendalam tentang undang-undang perburuhan di Malaysia dan memberi pelbagai cadangan kepada kerajaan Malaysia untuk menambahbaik hak pekerja. Penerbitan buku panduan ini adalah salah satu usaha kami untuk mempopularkan isu berkenaan hak pekerja di Malaysia.

Buku panduan ini akan disediakan dalam bentuk fizikal dan elektronik, mereka yang berminat untuk mendapatkan salinan elektronik boleh melayari laman web www.tradeunion.org.my

Akhirnya, kami mengucapkan terima kasih kepada Sdr. Ng Yap Hwa, Sdra. Bruno Periera, Sdra. Saharuddin Adnan dan Sdri Nadia Lukman yang bertungkus lumus menyumbang masa dan tenaga dalam proses penerbitan buku panduan ini.

Selamat membaca. Sekian terima kasih.

Gopal Kishnam Nadesan
Irene Xaview
Pengerusi Bersama
Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan

25.07.2023