Semenjak kerajaan Malaysia membentangkan Rang Undang-Undang (Pindaan) Kesatuan Sekerja untuk bacaan pertama di parlimen pada Mac 2022, sebahagian kesatuan sekerja untuk melancarkan kempen untuk membantah “kepelbagaian kesatuan” di tempat kerja.
Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan (LLRC) tidak bersetuju dengan kempen tersebut yang menyebarkan ketakutan di kalangan anggota kesatuan, kerana pindaan tersebut berselaras dengan Konvensyen ILO 87 mengenai kebebasan berpersatuan, satu piawaian yang telah diketengahkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sejak pembentukannya.
Oleh itu, LLRC menerbitkan satu buletin bertajuk “Kebebasan Berpersatuan Memperkasakan Kesatuan” untuk menerangkan kenapa pekerja-pekerja di Malaysia harus memberi sokongan kepada RUU Kesatuan Sekerja 2022, walaupun kami berpendapat jadual ke-4 harus ditarik balik dengan segera.
Sila muat turun versi elektronik buletin di bawah: