Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Simen (CIEU) adalah sebuah kesatuan sekerja yang menyusun pekerja-pekerja di sektor simen di Malaysia. Ibu pejabat kesatuan tersebut terletak di Sungai Siput, Perak.
Sekarang, CIEU sedang berjuang untuk mengembalikan kerja 62 orang pekerja yang diberhentikan oleh YTL Cement Berhad pada 15hb Mei 2020 di Rawang, negeri Selangor.
CIEU dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengkritik keputusan pemberhentian kerja oleh YTL Cement semasa pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan.
Menurut kesatuan, apabila YTL Cement mengambil alih kilang simen Rawang tersebut pada tahun 2019, syarikat tersebut berjanji bahawa rancangan modernisasi kilang pada masa tiga tahun yang akan datang tidak akan memberi kesan kepada pekerjaan pekerja-pekerja.
Maka, 62 orang pekerja tersebut terkejut apabila menerima notis pemberhentian kerja daripada syarikat. YTL Cement mengatakan mereka sama ada terima pemindahan kerja ke kilang simen YTL di tempat lain atau meletakkan jawatan. Syarikat tersebut cuma berunding dengan jawatankuasa tempat kerja, tidak berunding dengan badan kebangsaan CIEU.
CIEU berafiliasi dengan MTUC dan Building and Wood Workers’ International (BWI). BWI telah melancarkan satu petisyen antarabangsa untuk mendesak YTL Cement mengembalikan kerja 62 orang pekerja tersebut.
Kalau anda seorang pekerja simen, sila hubungi dan menyertai CIEU sekarang!
Alamat : No. 263A, Jalan Tun Sambanthan, Taman Tun Sambanthan, 31100 Sungai Siput, Perak.
No. Tel. : +60 5 5972395
Peta Google : https://goo.gl/maps/oQkn3yntFjVDZc1K7