LLRC telah menganjurkan satu mesyuarat bipartit dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) tentang Konvensyen ILO 190 dan Pindaan Akta Kerja 1955 pada 30hb September di Petaling Jaya.
Peserta bertukar pandangan tentang ratifikasi Konvensyen 190, siasatan gangguan seksual, penglibatan kaum wanita dalam tenaga kerja, kekeliruan dalam pelaksanaan pindaan Akta Kerja seperti definisi diskriminasi, waktu rehat dan kerja lebih masa.
Kami mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan yang sudi meluangkan masa untuk menyertai mesyuarat tersebut.
Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja dijemput tetapi tidak menghadiri mesyuarat tersebut.