Sejarah Kesatuan
Gabungan Kesatuan Sekerja Industri Elektronik (KSIE) adalah satu jaringan kesatuan yang menggabungkan empat kesatuan industry elektronik empat wilayah di Malaysia, ia ditubuhkan pada tahun 2012:
- Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia (KSIEWBSM)
- Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Timur Semenanjung Malaysia (KSIEWTSM)
- Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia (KSIEWUSM)
- Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia (KSIEWSSM)
Kesatuan-kesatuan elektronik ini mengambil masa 30 tahun untuk ditubuhkan disebabkan diskriminasi anti kesatuan jangka masa panjang yang disokong oleh kerajaan.
Cubaan pertama untuk mengorganisasi pekerja-pekerja elektronik dilakukan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Letrik (EIWU) ditolak oleh Pendaftar Kesatuan Sekerja pada tahun 1974.
Pada tahun 1994, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencuba kali kedua untuk mengorganisasi sektor tersebut dengan menubuhkan satu Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Elektronik (NUEW). Malangnya, kerajaan Malaysia mengabaikan usaha tersebut walaupun kes tersebut telah membawa ke pemerhatian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Pada tahun 1988, Persekutuan Buruh Amerika dan Kongres Pertubuhan Industri (AFL-CIO) membuat satu aduan dengan kerajaan Amerika Syarikat berkenaan dasar anti kesatuan kerajaan Malaysia dalam sektor elektronik. Oleh kerana aduan tersebut akan memberi kesan kepada keistimewaan perdagangan (trade privilege) Sistem Keutamaan Umum (GSP) Amerika Syarikat, kerajaan Malaysia sudah hampir mempersetujui dengan MTUC dalam pembentukan NUEW.
Bagaimanapun, selepas syarikat elektronik multinasional menentang keputusan tersebut, kerajaan Malaysia bertolak ansur dan membuat keputusan untuk meluluskan kesatuan dalaman syarikat sahaja dalam industri elektronik.
Satu kes percubaan ialah pendaftaran Kesatuan Pekerja-Pekerja RCA di RCA Sdn. Bhd., satu anak syarikat yang dimiliki oleh syarikat Amerika Harris Corporation pada tahun 1989. Syarikat tersebut menggunakan berbagai-bagai taktik untuk mengalahkan kesatuan, umpamanya enggan mengiktirafkan kesatuan, menukarkan nama syarikat untuk menjadikan kesatuan tidak sah, memindahkan semua pekerja ke kilang di tempat lain dengan mengecualikan pemimpinan kesatuan, memecatkan pekerja-pekerja dan menutupkan kilang.
Penggerak utama Kesatuan Pekerja-Pekerja RCA, Bruno Periera, memahami kesatuan dalam syarikat adalah lemah ketika menghadapi pembasmian kesatuan. Akhirnya pimpinan kesatuan RCA membuat keputusan untuk membatalkan pendaftaran kesatuan dalam syarikat tersebut pada tahun 2004 dan menuju ke arah penubuhan satu kesatuan kebangsaan pekerja-pekerja elektronik.
Dengan sokongan MTUC, pekerja-pekerja elektronik mendaftarkan Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat (KSIEWBSM) pada tahun 2009. Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia (KSIEWSSM) ditubuhkan pada March 2010. Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Timur (KSIEWTSM) dan Wilayah Utara (KSIEWUSM) ditubuhkan pada tahun seterusnya.
Hari ini, Gabungan KSIE mempunyai lebih kurang 13,000 orang ahli.
Perjuangan dan Peristiwa Penting
Beberapa cabaran utama mengorganisasi pekerja yang dihadapi oleh Gabungan KSIE ialah formula undi sulit. Formula semasa yang digunakan adalah tidak adil kerana pekerja yang tidak membuang undi dianggap undi menentang kesatuan.
Proses undi sulit boleh ditangguh kerana syarikat-syarikat sering mencabar kesatuan. Ini bermakna apabila tiba masa untuk pekerja membuang undi, pekerja tersebut mungkin tidak lagi bekerja di situ, tetapi ketidakhadiran mereka masih dianggap undi menentang kesatuan. Ini biasanya berlaku di syarikat-syarikat yang mempunyai banyak pekerja migran dan kontrak mereka ditamatkan dalam masa beberapa tahun.
Satu lagi masalah ialah syarikat akan mengetahui pekerja-pekerja yang hadir membuang undi biasanya akan menyokong kesatuan, ini menyebabkan pekerja kurang selesa untuk membuang undi kerana takut balas dendam pihak majikan.
Syarikat-syarikat elektronik adalah terkenal dengan menangguhkan proses perundingan kolektif. Pada tahun 2019, KSIE Wilayah Barat mengadakan satu piket di depan Renesas di Banting, memprotes tentang proses perundingan kolektif yang terlalu lambat.
Cabaran Semasa
Seperti kesatuan lain di Malaysia, cabaran undang-undang adalah masalah yang menghalang kerja-kerja mengorganisasi pekerja. Majikan sering membawa kesatuan ke mahkamah mengenai isu-isu seperti tuntutan pengiktirafan, perjanjian kolektif dan pertikaian perdagangan.
Majikan menggunakan strategi undang-undang kerana mereka adalah kuat dari segi kewangan. Cabaran undang-undang menghabiskan sumber terhad dan masa berharga kesatuan yang boleh lebih baik digunakan dalam mengorganisasi pekerja. KSIE boleh memenangi kes mahkamah tetapi ia biasanya mengambil masa beberapa tahun untuk mendapatkan keputusan.
Pendapatan yang tidak samarata (income inequality) ialah satu lagi cabaran besar yang dihadapi oleh kesatuan. Berbanding dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi, gaji pekerja Malaysia adalah rendah, ini adalah tidak boleh diterima sebab kebanyakan keuntungan disalurkan ke majikan dan pengurusan atasan.
Struktur Organisasi
Majlis Eksekutif KSIE Wilayah Barat 2019-2021
Presiden : Zaidi
Naib Presiden : Helmi
Setiausaha Agung : Bruno Periera
Penolong S.A. : Haniff
Bendahari : Hafidz
AJK : Arif, Latifah, Hizam, Yanti, Rafiz, Hasmah
Majlis Eksekutif KSIE Wilayah Selatan 2019-2021
Presiden : Hj Azaman Badri
Timbalan Presiden : Roslan bin Rosdi
Setiausaha Agung : Ahmad Helmy bin Yunos
Penolong S.A. : Idawati binti Idrus
Bendahari : Khairul Zurain bin Takat
AJK : Asri bin Harun, Rosmawati binti Hashim, Kamalrulazam bin Mohamed, Sarimah binti Khairudin, Rahmat Jailani bin Abdullah, Noor Hidayah binti Saidi
Majlis Eksekutif KSIE Wilayah Utara 2016-2019
Presiden : Mohd Razi
Timbalan Presiden : Firdaus Saad
Setiausaha Agung : AK David
Penolong S.A. : Syahrizan
Bendahari Umum : Suresh
AJK : Irwan, Suhana, Asmirul, Jammina, Armita, Khairi, Hanita
Majlis Eksekutif KSIE Wilayah Timur 2016-2019
Presiden : Mohd Aifil Asyaraf B. Abd Rahman
Timbalan Presiden : Samsudin B. Mat
Setiausaha Agung : Mohamad Hafiz B. Ismail
Penolong S.A. : Mohd Fazuid Akram B. Abdul Kadir
Setiausaha Eksekutif : Izwan Fadly B. Isa
Bendahari : Hamidah Bt. Desa @ Din
AJK : Wan Nurul Huda Bt. Wan Ismail, Mohd Nazri B. Mohd Nor, Asmah Bt. Hashim, Razif B. Ramli, Ahmad Nazri B. Seman, Abdul Aziz B. Abdul Rahman
Hubungi Kami
Keahlian KSIE dibuka kepada semua pekerja-pekerja yang bekerja di dalam industry pembuatan elektronik dan/atau membaiki komponen dan papan elektronik, komputer dan peralatan sampingan, dan bahan media magnet dan optik.
Kalau anda minat menyertai KSIE atau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami :
KSIE Wilayah Barat Semenanjung Malaysia (Kuala Lumpur, Selangor & Perak)
Tel : +6012-3129300 (Bruno)
Emel : ksiewbsm@gmail.com, brunoperiera@gmail.com
Alamat : No. 3-2A (2nd Floor), Jalan Bangsar Utama 3, 59000 Kuala Lumpur.
KSIE Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia (Negeri Sembilan, Melaka & Johor)
Tel : 011-32486887 (Hj Azaman)
Emel : sua.ksiewssm@gmail.com
Alamat : No 11-C, Tingkat 1, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 4, 80200 Johor Bahru.
KSIE Wilayah Utara Semenanjung Malaysia (Pulau Pinang, Kedah & Perlis)
Tel : 019-4810384 (David)
Emel : eieunr2010@gmail.com
Alamat : No 1Q, Jalan Sultan Azian Shah, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
KSIE Wilayah Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu & Pahang)
Tel : 014-5110599 (Hafiz)