Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Letrik (EIWU)

Sejarah Kesatuan

Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Letrik (EIWU) ditubuhkan pada bulan Januari 1971. Syarikat-syarikat industri elektrik memulakan operasi di Malaysia pada tahun 1969 atau 1970. Pekerja-pekerja pada ketika itu mempunyai faedah terhad dan mereka memulakan kesatuan untuk mendapat sokongan jika apa-apa berlaku kepada mereka.

Panasonic merupakan salah satu syarikat elektrik paling awal memulakan operasi di Malaysia, ia juga syarikat pertama diorganisasikan oleh EIWU. EIWU berunding perjanjian kolektif (CA) pertama dengan Panasonic pada tahun 1970, sehingga hari ini 16 CA telah ditandatangani antara EIWU dan Panasonic. Setiausaha Agong pertama EIWU ialah Saudara Bosco pada awal tahun 1970.

Apabila pelabur asing membawa industri elektronik ke Malaysia, EIWU cuba mengorganisasi pekerja elektronik pada tahun 1970an dan 1980an tetapi ditolak oleh Pendaftar Kesatuan Sekerja atas sebab EIWU tidak boleh mewakili pekerja-pekerja elektronik. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) juga cuba menubuhkan kesatuan untuk pekerja-pekerja elektronik, tetapi selepas syarikat-syarikat multinasional Amerika Syarikat memberi tekanan, kerajaan Malaysia membuat keputusan untuk membenarkan penubuhan kesatuan dalam syarikat (in-house union) sahaja di syarikat-syarikat elektronik. Walaupun itu boleh menjadi sukar untuk dicapai.

Dekad 1990-2000 ialah tempoh keamanan industri bagi EIWU. Jumlah keahlian kesatuan berada di puncak pada 25,000 orang. Walaubagaimanapun, industri tersebut mengalami kemerosotan pada tahun 2005-2006, syarikat-syarikat elektrikal tertutup dan dipindahkan ke negara lain.

EIEU Coalition
EIEU Coalition

Perjuangan dan Peristiwa Penting

Perjuangan utama dalam 15 tahun yang lalu ialah mempertahankan kepentigan pekerja elektrikal ketika syarikat tertutup. Kebanyakan masa ahli kesatuan tidak puas hati dengan pakej penamatan atau skim pemisahan sukarela (VSS), EIWU memfailkan saman undang-undang di mahkamah untuk menuntut manfaat pemberhentian lebih tinggi.

Baru-baru ini, EIWU menganjurkan piket apabila syarikat enggan merundingkan kenaikan gaji dalam perjanjian kolektif. Selepas itu, EIWU dan syarikat tersebut kembali ke meja rundingan dan berjaya menandatangani perjanjian kenaikan gaji yang mereka menyasarkan.

Tindakan perindustrian akan mendatangkan kesan negatif jika keperluan undang-undang tidak dipenuhi. Oleh itu, EIWU secara konsisten menyediakan latihan dan nasihat undang-undang kepada ahli-ahli, supaya mereka mengetahui hak mereka yang dijamin oleh undang-undang buruh.

Pencapaian

EIWU dengan bangga menyediakan skim insurans percuma kepada ahli-ahlinya sebaik sahaja mereka berdaftar dengan EIWU. Skim insurans tersebut adalah sangat penting untuk memastikan anggota EIWU mendapat faedah keselamatan dan perubatan.

Satu lagi pencapaian penting ialah sejak tahun 2018, EIWU berjaya meyakinkan dua syarikat untuk menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan sebaik sahaja kontrak pekerja asing berakhir. Ini adalah sumbangan EIWU untuk menjana peluang pekerjaan untuk pekerja muda tempatan.

EIWU sentiasa mempertahankan kepentingan anggotanya, ia sering mengambil kes-kes ahli, sama ada pemecatan tidak adil atau pakej penamatan yang kurang puas hati, ke mahkamah perusahaan untuk memperjuangkan hak mereka. Kesatuan sekerja adalah satu-satunya pembela hak pekerja yang diiktiraf apabila terdapat konflik perindustrian.

Cabaran masa depan

Cabaran pertama yang dihadapi oleh EIWU ialah mengorganisasi pekerja asing. Beberapa syarikat elektronik menggunakan pekerja-pekerja migran daripada syarikat agensi (outsource), ini membuat proses pengorganisasi sukar kerana mereka tidak dianggap sebagai pekerja di syarikat besar. Dengan pengumuman kerajaan bahawa amalan “outsource” akan berakhir, EIWU berharap dasar baru dapat memudahkan kerja-kerja pengorganiasian pada masa akan datang.

Walaupun syarikat terus mengambil pekerja asing, kerja pengorganisasian tidak mudah sama sekali, pekerja migran mempunyai kurang insentif untuk menganggotai kesatuan kerana mereka tidak mempunyai kehidupan keluarga di sini. Lebih-lebih lagi, majikan sering memberi amaran kepada pekerja migran bahawa kontrak mereka akan ditamatkan jika mereka menganggotai kesatuan.

Adalah jelas bahawa Jabatan Perhubungan Perusahaan gagal membendung aktiviti pembasmian kesatuan di tempat kerja dan melindungi hak pekerja menganggotai kesatuan. Ramai pekerja, sama ada pekerja tempatan atau pekerja asing, berasa tidak selamat untuk memberikan testimoni mengenai aktiviti pembasmian kesatuan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan kerana syarikat itu akan mengambil tindakan terhadap mereka.

EIWU mempunyai pandangan yang sama dengan kesatuan sekerja lain di Malaysia, ia menganggap proses menuntut pengiktirafan adalah tidak adil kerana Jabatan Perhubungan perusahaan menganggap pekerja yang gagal membuang undi dalam proses undi sulit dianggap sebagai undi menentang kesatuan. Kesatuan harus diberikan pengiktirafan jika ia memperolehi undi majoriti dalam peti undi.

Struktur organisasi

Hari ini, EIWU mempunyai lebih daripada 10,000 anggota dalam 40 syarikat. 200 daripada mereka adalah pekerja migran.

Terdapat 13 ahli majlis eksekutif termasuk 3 orang wanita. EIWU mempunyai jawatankuasa wanita. Kesatuan ini mempunyai 7 kakitangan sepenuh masa dengan tanggungjawab yang berbeza seperti pegawai hubungan industri, perunding perjanjian kolektif, dan lain-lain.

EIWU bergabung dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan IndustriALL Global Union.

Majlis Eksekutif

Presiden                          : Mohammad Hamdan

Naib Presiden                : Mond Khairi Man

Setiausaha Agong         : Md. Zaimi Muhamad Yusuf

Bendahari                       : Zairol Akmar Haron

Penolong Bendahari   : Rohaya Bt Hashim

AJK                                    : Mohd Ridzuan Din, Syed Al Haqqi Syed Nequib, Norhaimi Abdul Aziz, Selvakumari A. Abraham, Norazman Nordin, Sabrane Ismail, Thirukumaran Supramaniam, Mohamed Gani Hajaw Mohideen, Zaleha Hassan, Hasmuni Abu Hassan Ashaari

Hubungi Kami

Adakah anda bekerja di syarikat-syarikat elektrik yang menghasilkan perkakas atau peralatan elektrik? Jika ya, anda boleh menjadi anggota EIWU, sila hubungi kami dengan segera!

Anda juga dialu-alukan untuk berjumpa dengan pegawai kami untuk membincangkan masalah tempat kerja anda. Tolong jangan teragak-agak untuk memanggil atau menulis kepada kami, kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu anda.

Alamat               : 55A, Jalan SS 15/8a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Tel                       : (+60)3-56335243

Mobil                 : –

Emel                   : eiwu.my@gmail.com

Laman web      : http://tradeunion.org.my/electrical-industry-workers-union/

Facebook          : https://www.facebook.com/pg/Eiwuworkers

Peta                    : https://goo.gl/maps/J4YLcfoLJDx1tZwv9