Kesatuan Eksekutif Airod (KEA) mewakili 924 orang pekerja berperingkat eksekutif dan jurutera di Airod Sdn. Bhd, sebuah syarikat penyenggaraan dan pembaikan pesawat tentera, komersial dan persendirian di Malaysia.
KEA ditubuhkan pada tahun 2000 di Subang, negeri Selangor oleh Sdr. Pak Singh A/L Keshar Singh (Presiden), Sdr. Ariff Bin Ahmad (Setiausaha) dan lain-lain.
Misi KEA ialah memelihara hak dan kepentingan ahli melalui perjanjian kolektif yang lebih baik, memperbaiki kehidupan mereka melalui program-program pendidikan, ekonomi dan sosial, memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan dapat dinikmati bersama.
Dalam perjanjian kolektif 2020-2022, ahli-ahli KEA menikmati faedah seperti kenaikan gaji 10 peratus dari tahun 2019 hingga 2020, waktu kerja 39 jam seminggu, caruman KWSP tambahan 3 peratus (tidak melebih 15 peratus), cuti paterniti 5 hari dan cuti bersalin 60 hari, cuti haj sebulan dan bonus tahunan.
Elaun-elaun seperti elaun shift, elaun tugasan luar negara, elaun dobi, elaun pesawat khas dan lain-lain akan diberikan jika memenuhi syarat-syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Kini, Kesatuan dipimpin oleh Sdr. Ros Azurin Bin Abdul Halim (Presiden) dan Sdr. Syamsul Azwan Bin Mustar (Setiausaha)
Hubungi kami
Alamat : No.49, Jalan SP 3/7 Seri Pristana, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
Laman web : http://www.airodexecutiveunion.com/
Emel : kesatuan.eksekutif.airod@gmail.com, kea@airod.com.my
No. Tel : +60 12-470 6676