Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Hotel, Bar & Restoran Semenanjung Malaysia (NUHBRW)

Photo source : IUF

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia (NUHBRW) adalah sebuah kesatuan seluruh sektor yang berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959. Ia ditubuhkan pada 3hb Januari 1963.

Objektif utama NUHBRW adalah memperjuangan gaji dan syarat-syarat kerja yang baik, dan keselamatan pekerjaan untuk ahli-ahlinya.  

Kesatuan tersebut telah menyusun pekerja-pekerja di hotel-hotel seperti Hotel Shangri-La, Hotel Crystal Crown, Hotel Grand Dorsett Subang, Sheraton Langkawi Beach Resort dan lain-lain.

Pada tahun 2020-2022, pandemi Covid-19 memberi impak negatif yang besar kepada pekerja-pekerja di sektor hotel, bar dan restoran. NUHBRW menjangkakan 10,000 orang pekerja hotel telah ditamatkan perkhidmatan sementara (lay-off). Persatuan Pemilik Hotel Malaysia menjangkakan 20 buah hotel di Kuala Lumpur telah ditutup kerana pandemi.

Rusli Affandi ialah Setiausaha Agung NUHBRW.

Hubungi Kesatuan

Alamat : No. 44-4 C, Jalan Sultan Ismail, Wilayah Persekutuan, 50250 Kuala Lumpur.

No. Tel. : 03-21426384