Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) ditubuhkan pada tahun 1954 oleh Nathan, P.P. Narayanan dan Choudry.
Menurut Menon dan Leggett (1996), penubuhan NUPW disokong oleh pemerintahan penjajah British, Penasihat Kesatuan Sekerja Malaya J.A. Brazier, Persatuan Majikan-Majikan Industri Perladangan Malaya (MPIEA) dan seorang wakil daripada Konfederasi Kesatuan Sekerja Bebas Antarabangsa (ICFTU).
NUPW dan MPIEA menandatangani perjanjian kolektif pertama pada tahun 1954, meliputi cuti umum tahunan, kenaikan gaji, faedah hospitalisasi, rawatan perubatan dan faedah perumahan. Selain daripada itu, NUPW juga membangkitkan isu-isu pekerja berkaitan dengan pengusiran paksa dan gangguan seksual dengan pihak berkuasa.
Pada tahun 1990, NUPW menganjurkan satu mogok selama 3 hari untuk meminta gaji lebih tinggi untuk pekerja-pekerja ladang. Malangnya, kerajaan mencampur tangan dalam mogok tersebut dan enggan merujuk pertikaian kepada mahkamah perusahaan. Akhirnya, satu tolak ansur telah dicapai dengan kenaikan gaji 85 sen untuk pekerja-pekerja ladang.
Dalam berpuluh-puluh tahun, NUPW memain peranan dominan di dalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Setiausaha Agung NUPW P.P. Narayanan telah dipilih sebagai presiden MTUC untuk 10 kali (1950-51, 1951-52, 1955-56, 1973-74, 1975-76, 1977-78, 1979-80, 1981-82, 1983-84, 1985-86). P.P. Narayanan dipilih sebagai presiden ICFTU pada tahun 1975.
Sekarang, A. Navamukundan ialah Setiausaha Eksekutif Nasional NUPW.
Hubungi NUPW :
Alamat : No. 428, Jalan 5/46, Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor
No. Tel. : 03-77827622