Kesatuan Pekerja untuk Pekerja Malaysia

Risalah ini diterbitkan oleh INSAN pada tahun 1987 di Petaling Jaya.

Pendahuluan

Kursus pengenalan ini ditujukan kepada semua pekerja untuk memperkenalkan prinsip-prinsip asas kesatuan sekerja tulen, yang boleh membantu pekerja memajukan kesatuan sekerja. Ia juga boleh membantu meningkatkan kesedaran, menyelenggarakan dan menggerakkan pekerja.

Untuk memudahkan perbincangan, kursus ini dibahagikan kepada empat bab :-

  1. Kepentingan serta kedudukan kelas pekerja, dan peranan serta sifat kapitalis.
  2. Keadaan dan masalah di tempat kerja dan masyarakat.
  3. Prinsip dan taktik kesatuan sekerja tulin, dan
  4. Perspektif gerakan pekerja

Kursus ini boleh dikendalikan dalam tempoh tujuh hingga lapan jam. Kursus permulaan ini tidak menyediakan pendidikan pekerja yang lengkap, tetapi bertujuan membangkitkan minat dan menyediakan pekerja untuk pendidikan seterusnya.

Kami berterimakasih kepada para pekerja dan semua pihak lain yang membantu membaiki kandungan dan persembahan kursus ini. Kritikan dan saranan para pembaca dan pembimbing untuk membaiki risalah ini lagi akan dihargai.

Sila klik pautan ini untuk muat turun risalah ini : Kesatuan Pekerja untuk Pekerja Malaysia