Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM)

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM) diasaskan oleh Saudara RC Daniel pada tahun 1963, selepas itu beliau dipilih sebagai Presiden pertama KKAUM. Jumlah keahlian awal termasuk kakitangan Hospital Universiti Malaya ialah 300-500 orang.

Misi Kesatuan ialah memperjuangkan gaji lebih tinggi untuk ahlinya dan menghalang pemecatan pekerja secara wenang-wenang. KKAUM ialah satu-satunya Kesatuan yang melindungi  kepentingan kakitangan di dalam Universiti Malaya (UM). UM merupakan salah satu institusi pengajian tinggi terbaik di Malaysia.

Pada 1960-70an, pemimpin KKAUM melancarkan  berbagai-bagai aktiviti kutipan derma untuk membina bangunan Kesatuan di Petaling Jaya, Selangor. Kini, anggota-anggota Kesatuan dapat menikmati kemudahan baik kerana perintis yang berpandangan jauh.

Kesatuan tersebut masih sangat aktif. Dalam beberapa tahun yang lalu, ia menganjurkan siri webinar ketika pandemi Covid-19, majlis penghadiahan untuk pesara-pesara KKAUM, bengkel anti-gangguan seksual, misi kebanjiran dan lain-lain.

Sekarang, KKAUM dipimpin oleh Saudara Mazmir Mohd Amin. Kesatuan tersebut menubuhkan beberapa jawatankuasa kecil untuk membantu jawatankuasa eksekutif menjalankan tugasnya. Misalnya, jawatankuasa perhubungan perusahaan, jawatankuasa pendidikan, jawatankuasa pengurusan bangunan, jawatankuasa pemuda, jawatankuasa wanita dan lain-lain.

KKAUM bergabung dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Perkhidmatan Awan Antarabangsa (PSI).

Hubungi Kami

Kalau anda seorang kakitangan am (bukan eksekutif) Universiti Malaya, sila hubungi kami untuk menyertai KKAUM segera!

Alamat : No. 9, Jln 16/10 Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya 46350 Selangor Darul Ehsan.

Laman web : http://www.umgsu.org.my/

No. Tel. : 011-58697335 / 012-2186684

Emel : kkaum@um.edu.my