Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Makanan (KPPPM)

Sejarah Kesatuan

Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Makanan (KPPPM / FIEU) ditubuhkan oleh Osman Din pada tahun 1970, satu tempoh yang sukar membentuk kesatuan kerana selepas konflik sosial 13 Mei.

Pada tahun 1970, aktivis daripada KPPPM berjaya mengorganisasikan 300 orang pekerja dari 3 kilang – Premier Milk (M) Sdn. Bhd. (sekarang dikenali sebagai F & N Dairies Mfg Sdn. Bhd.), Food Specialities Sdn. Bhd. (Nestle Mfg. (M) Sdn. Bhd.) and Federal Flour Mill Bhd (FFM).

Perlembagaan KPPPM menyatakan bahawa kesatuan ini mewakili pekerja-pekerja yang digajikan oleh syarikat-syarikat yang menghasilkan makanan, minimum, minyak kelapa sawit, gula dan produk-produk serupa.

Perjuangan dan Peristiwa Penting

KPPPM ditubuhkan untuk memajukan kepentingan ahli-ahlinya dalam hal perusahaan, kemasyarakatan dan pengetahuan. Ia juga bertujuan untuk memperoleh dan mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, keselamatan bekerja, masa dan syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan juga memberi nasihat dan bantuan dalam hal-hal yang tersebut.

Merealisasikan hak-hak pekerja bukan satu perkara yang senang, KPPPM sering melawan untuk melindungi kepentingan pekerja di tempat kerja yang diorganisasikan. Salah satu “perang” utama dengan majikan ialah pertikaian perusahaan dengan satu syarikat nenas pada tahun 1990-an.

KPPPM menganjurkan satu piket untuk memberi tekanan kepada majikan apabila perundingan perjanjian bersama telah menjadi kebuntuan (deadlock). Pekerja-pekerja makan meminta majikan menaikkan gaji untuk menambahbaikan taraf hidup mereka.

Keadaan Sekarang

Kini sebanyak 70 kilang telah diorganisasi oleh KPPPM dengan wujudnya 55 perjanjian bersama. Kesatuan mempunyai 8,167 orang ahli termasuk 34 pekerja-pekerja wanita.

Selepas penubuhan kesatuan selama 50 tahun, KPPPM telah membeli dua bangunan sebagai pejabatnya di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Struktur Organisasi

Di bawah ialah senarai jawatankuasa kerja kebangsaan KPPPM (2018-2011) :

Presiden                 : Matkar bin Siwang

Timbalan President : Samsudin bin Baharom

Setiausaha Agung   : Shahul Hamid bin Md. Shariff

Timbalan S.A.         : Nor Azmin bin Taju Ariffin

Bendahari                : Nizah binti Mat Iaje

Exco                       : Abdul Rahman bin Dermawi, Zulkefli bin Ramli, Mohd Zaffri bin Mohd Ibrahim, Azham bin Kamaruddin, Abdul Halim bin Abdul Malek, Muhammad Farid bin Jamhari, Syed Zirawatu bin Syed Ahmad

Hubung Kami

Kalau anda seorang pekerja yang sedang bekerja di kilang-kilang makanan atau minimum dan minat untuk menyertai kesatuan sekerja, sila hubungi kami dengan segara!

Alamat          : No 145-A-2, Indah UPC, Batu 3½, Jalan Klang Lama,

  58000 Kuala Lumpur.

Tel                : (+60)3-79823345 / 2353

Tel Bimbit   : (+60)12-6681228 (Matkar)

Faks             : (+60)3-79817733

Emel            : fieu.kpppm@yahoo.com

Laman web : http://makanan.blogspot.com