[Quick glance is series short write-ups on Malaysian unions based on online available information ]
Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja Tenaga Nasional Berhad (KPPPTNB) mewakili beberapa ribu orang pekerja di syarikat elektrik kebangsaan ini di semenanjung Malaysia.
Sebelum kemerdekaan, Lembaga Letrik Pusat (LLP) ditubuhkan pada tahun 1949 sebagai badan berkanun yang membekalkan eletrik kepada semua rakyat Malaya. Namanya ditukarkan kepada Lembaga Letrik Negara (LLN) pada tahun 1965 menjelang pembentukan Persekutuan Malaysia.
Pada tahun 1990, LLN diswastakan dan namanya ditukarkan kepada Tenaga Nasional Berhad dengan kelulusan Akta Bekalan Elektrik 1990.
Objektif KPPPTNB adalah mempertahankan hak-hak dan kebajikan pekerja-pekerja TNB, serta kepentingan pengguna elektrik di seluruh negara.
KPPPTNB membantah dasar bekalan elektrik yang mengancamkan kepentingan rakyat, misalnya kami menolak dengan keras dasar kerajan memberi lesen operasi kepada syarikat-syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP). Dasar tersebut telah mengakibatkan kenaikan tarif elektrik yang merugikan pengguna eletrik.
Selain daripada itu, KPPPTNB juga membantah kenyataan Suruhanrajaya Tenaga (EC) pada tahun 2013 bahawa TNB akan dipisahkan kepada 5 entiti berlainan.
Rancangan ini bukan sahaja akan memecahkan kekuatan kesatuan sekerja, entiti-entiti baru ini mungkin akan mengurangkan kebajikan pekerja atau menggunakan pekerja kontrak.
Tel : (+60)322823149
Emel : kppptnb@hotmail.com
sarojinidj@tnb.com.my (from PSI website)
Alamat : 30 Jalan Liku Off Jalan Bangsar, Kuala Lumpur