Pada tahun 2018, Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Dan Jabatan-Jabatan Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSHK) diaktif balik untuk melawan ketidakadilan di tempat kerja.
KPSHK sering ada pertikaian dengan UEM Edgenta Berhad, Edgenta Mediserve Sdn Bhd dan Edgenta UEMS, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Khazanah Nasional Berhad yang telah diberi kontrak untuk memberi perkhidmatan pembersihan di hospital-hospital di Semenanjung Malaysia.
Isu-isu utama yang dihadapi oleh pekerja-pekerja pembersihan di hospital ialah :
- Tiada kenaikan gaji (menerima gaji minimum walaupun telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun)
- Terpaksa membuat kerja lebih masa
- Tiada keselamatan kerja (kontrak untuk tempoh beberapa tahun)
- Kekurangan faedah (elaun pengangkutan dan lain-lain dirampas)
Selepas mengadu kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan pada November 2019 tentang pelanggaran hak-hak pekerja, pihak majikan terus mengugut dan memberi tekanan kepada ahli-ahli kesatuan. Tetapi majikan terus mengintimidasi pekerja-pekerja pembersihan.
Pada Disember 2019, KPSHK telah menganjurkan satu demonstrasi di Putrajaya untuk membantah diskriminasi terhadap kesatuan. Mereka telah mengemukakan beberapa tuntutan kepada kerajaan :
- Segera hentikan pemerasan kesatuan (union busting)
- Kementerian Kesihatan Malaysia hentikan bagi konsesi kepada pemeras kesatuan sekerja
- Jadikan semua pekerja perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan sebagai pekerja tetap
- Segera laksanakan perjanjian bersama (collective agreement)
Semasa wabak Covid-19, syarikat-syarikat pembersihan tidak mempeduli keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja pembersihan. Mereka tidak diiktiraf sebagai barisan hadapan (frontliners), tidak menerima elaun khas RM600 setahun seperti penjawat awam di hospital. Pekerja pembersihan juga terpaksa membersihkan tempat-tempat berisiko tinggi, beban kerja meningkat mendadak dalam waktu dua tahun tersebut.
Pada Jun 2020, kesatuan mengadakan satu piket aman di depan Hospital Ipoh. Mereka tidak berpuas hati tentang penukaran waktu kerja dan syif tanpa persetujuan pekerja dan memaksa mereka bekerja masa panjang tanpa bayaran kerja lebih masa. Selain daripada itu, majikan tidak menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang mencukupi, dan mengintimidasi ahli-ahli kesatuan.
Akibatnya, 3 orang aktivis kesatuan dan 2 orang pemimpin Parti Sosialis Malaysia telah ditangkap, pihak polis menubuh mereka melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan seksyen-seksyen 186 dan 269 Kanun Tatacara Jenayah. Penindasan tersebut telah dikritik oleh beberapa pertubuhan masyarakat sivil sebagai pelanggaran hak bersuara pekerja.
Selepas perjuangan beberapa tahun, KPSHK telah berjaya memaksa UEM Edgenta Berhad, Edgenta Mediserve Sdb Bhd dan Edgenta UEMS, untuk mengadakan pertemuan setiap dua bulan dengan kesatuan. Syarikat-syarikat juga bersetuju mengembalikan cuti umum dari 11 hari kepada 15 hari. Kesatuan juga menang dalam kes pertikaian diskriminasi terhadap kesatuan di mahmakah perusahaan.
Hubungi Kesatuan :
No. Tel : 017-2377518
Emel : kesatuan.kpshk@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/KesatuanPekerjaSwastaHospitalKerajaan
X : https://twitter.com/KesatuanPSHK
Rujukan :
Letchimi Devi, 2021, Case Study on the Situation of Government Hospital Cleaners in Southeast Asia, https://jpkk.org/wp-content/uploads/2021/05/Case-Study-on-Situation-of-Government-Hospital-Cleaners-in-SEA_08052021.pdf
FMT, 2020, Union wants justice for hospital cleaners, https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/06/11/union-wants-justice-for-hospital-cleaners/
Aliran, 2020, Release picketers representing frontline hospital support staff now! https://m.aliran.com/media-statements/release-union-officials-representing-healthcare-support-staff-now
Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan, 2013, https://www.facebook.com/KesatuanPekerjaSwastaHospitalKerajaan/