Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan (LLRC) menganjurkan dua mesyuarat perundingan mengenai Ordinan Buruh Sarawak dan Ordinan Buruh Sabah di Kuching (11 Jun) dan Kota Kinabalu (12 Jun) masing-masing.
Kesatuan-kesatuan sekerja di Sarawak dan Sabah menggesa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mempercepatkan proses pembaharuan undang-undang di parlimen, supaya pekerja-pekerja Sarawak dan Sabah dapat menikmati faedah-faedah yang sama dalam pindaan Akta Kerja 2022.