Mesyuarat Reformasi Undang-Undang Perburuhan 2026

Mesyuarat Reformasi Undang-Undang Perburuhan anjuran LLRC dan IndustriALL Malaysia Council telah berjaya dianjurkan pada 3-4 Feb di Seeds Hotel Pudu.

35 orang pemimpin kesatuan sekerja dan NGO dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak berbincang cadangan-cadangan reformasi berkaitan dengan standard buruh minimum, kebebasan berpersatuan, tuntutan pengiktirafan, perumahan dan lain-lain.

Topik seperti keselamatan dan kesihatan, keselamatan sosial, hak wanita, hak pekerja migran dan domestik, pembangunan kemahiran dan dasar HRDF juga dibicarakan.

Pemimpin-pimpinan kesatuan meminta agar KESUMA menganjurkan satu kali lagi libat urus untuk membentangkan cadangan-cadangan reformasi tersebut.