Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Logam Malaysia (MIEU)

Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Logam Malaysia (MIEU) ditubuhkan pada 10hb Februari 1963 oleh sekumpulan pekerja-pekerja logam termasuk Govindasamy Rajasekaran.

Kini, MIEU mewakili lebih daripada sepuluh ribu pekerja-pekerja dalam industri logam. Pekerja-pekerja di kilang pembuatan logam seperti fabrikasi logam, galvani logam, pengeluaran tembaga, stamping logam, kilang keluli dan aluminium boleh menyertai MIEU.

MIEU telah memperjuangkan hak-hak pekerja logam dalam beberapa dekad yang lalu. Ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perindustrian untuk melindungi kesejahteraan ahlinya.

Sejak 2016, Kesatuan tersebut telah menganjurkan beberapa piket di Megasteel Sdn Bhd di Banting untuk membantah pemotongan gaji 50% dan pemberhentian kerja sementara untuk beratus-beratus pekerja.

Ia juga menyerahkan memorandum rayuan kepada syarikat induk Megasteel, iaitu Kumpulan Lion, supaya menarik balik keputusan tersebut. Kerajaan Malaysia dikritik oleh MIEU sebab gagal melindungi syarikat-syarikat logam tempatan dengan mengenakan cukai impot terhadap logam-logam dari China.

MIEU juga mengutuk diskriminasi anti-Kesatuan yang dilakukan oleh syarikat multinasional Jerman Elektrisola Malaysia. Syarikat tersebut mengklasifikasikan 90% daripada pekerja pengeluarannya sebagai pekerja-pekerja “confidential”, mendakwa bahawa MIEU tidak layak untuk mewakili pekerja-pekerja di kilangnya.

MIEU telah membuat sumbangan besar kepada pusat buruh kebangsaan dan badan-badan kesatuan serantau. G. Rajasekaran dipilih sebagai Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk 8 kali, dari 1993 hingga 2010.

Beliau juga adalah President Pertubuhan Serantau Asia dan Pacifik – Konfederasi Kesatuan Sekerja Bebas Antarabangsa (ICFTU APRO) dari 2005 hingga 2007, dan Presiden Konfederasi Kesatuan Sekerja Antarabangsa Asia Pacific (ITUC-AP) dari 2007 hingga 2015.

Hubungi MIEU

Alamat : 9, Jalan RU 7/1, Seksyen 7, 46050 Petaling Jaya, Selangor.

No. Tel. : 0379567214

Emel : mieum5@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/mieu.malaysia