Kesatuan Jururawat Malaya (MNU)

Latar Belakang

Kesatuan Jururawat Malaya (MNU) adalah salah satu kesatuan sekerja Malaysia paling awal di Malaysia. Ia ditubuhkan sebelum kemerdekaan. Hari ini, MNU mempunyai 23,000 anggota perempuan dan lelaki di seluruh Malaysia.

Objektif MNU adalah melindungi kebajikan jururawat, menghargai sumbangan dan pengorbanan besar mereka di dalam sektor kesihatan awam.

“Jururawat adalah satu kerjaya yang sangat mencabar”, kata Nor Hayati Abdul Rashid, President MNU, “anggota kita perlu bekerja syif pada jam kerja luar biasa, memberi tumpuan masa dan tenaga dalam menyelamat nyawa rakyat.”

“Bukan semua orang boleh melakukan kerja jenis ini, kecuali dia adalah komitmen tinggi. Inilah kenapa kita harus memberi perhatian lebih kepada kebajikan pekerja-pekerja penjagaan kesihatan, khasnya jururawat.” Tambah Nor Hayati.

Sekarang, MNU sedang berunding untuk elaun lebih tinggi kepada anggotanya kerana kos sara hidup semakin tinggi. MNU mencadangkan kerajaan memberi elaun syif malam tambahan kepada semua pekerja penjagaan kesihatan termasuk jururawat, supaya kerjaya ini lebih menarik.

Beliau mengatakan jururawat harus di beri peluang untuk melanjutkan pelajaran. Tetapi anggota jururawat tidak dapat mengikuti pelajaran kerana mereka ada beban kerja yang terlalu berat, sektor ini mempunyai tenaga kerja sangat kurang. Masalah ini harus diatasi.

Di peringkat kebangsaan, MNU adalah affiliasi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPASC) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Di peringkat antarabangsa, MNU adalah affiliasi Public Services International (PSI).

Struktur Organisasi

Presiden                  : Nor Hayati Bin Abd Rashid

Timbalan President I : Saaidah Binti Athman

Timbalan Presiden II : Shariah Binti Yop

Timbalan Presiden III : Foong Chiew Ha

Setiausaha Agung   : Azira Binti Ali

Penolong Setiausaha Agung : Haniyah Bt Hassan

Bendahari                : Norsiah Binti Harun

Hubungi kami

Keahlian MNU terbuka kepada semua jururawat di hospital awam di Malaysia. Jika anda seorang jururawat dan minat menyertai MNU, sila hubungi kami :

Ibu Pejabat Kesatuan Jururawat Malaya

No. 82 A, Jalan Padang Belia,

50470, Brickfields,

Kuala Lumpur.

Tel : (+60)3-22749862

Faks: (+60)3-22749776

Laman Web : http://mnumalaysia.blogspot.com/