[Quick Glance] Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank Semenanjung (NUBE) ditubuhkan pada tahun 1958 oleh Pathrose Cruz Gomez. Waktu kerja yang panjang dan syarat-syarat pekerjaan yang teruk adalah antara alasan utama pekerja-pekerja bank bergabung dan menubuhkan kesatuan sekerja.

Objektif NUBE ialah menambahbaikkan syarat-syarat kerja 20,000 pekerja kerani dan lain-lain yang bekerja di bank dan institusi kewangan melalui perundingan kolektif. Pegawai dan eksekutif bank diliputi oleh kesatuan lain.

NUBE mewakili ahli-ahli di dalam pertikaian perusahaan, melindungi hak-hak pekerja di tempat kerja. Di samping itu, NUBE juga menyediakan latihan hak asasi manusia kepada ahli-ahli dan keluarganya.

NUBE merupakan satu daripada dua kesatuan sekerja yang berunding perjanjian kolektif untuk seluruh industri di Malaysia. NUBE berunding dengan Persatuan Bank Kommersial Malayan (MCBA) yang terdiri daripada bank-bank tempatan dan asing seperti CIBM, Bank Hong Leong, RHB, Bank Alliance, Bank Affin, Bank Citi dan lain-lain.

NUBE dipimpin oleh Michael Tan Eng Hong (Presiden) dan J. Solomon (Setiausaha Agung).

No. Tel. : 03-22749800  Emel : nube_hq@nube.org.my

Maklumat lanjutan sila mengunjungi laman web NUBE : https://www.nube.org.my/