Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Syarikat-Syarikat Pembuat Keluaran Getah (NUECMRP)

Sejarah Kesatuan

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Syarikat-Syarikat Pembuat Keluaran Getah (NUECMRP) didaftar di bawah Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 pada 27 June 1962. Hari ini Ordinan tersebut telah dipindakan sebagai Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Penubuhan NUECMRP merupakan inisiatif sekumpulan pekerja, termasuklah mereka daripada syarikat Wilkinson Rubber yang terletak di Batu 6 ½, Jalan Ipoh, Batu Caves, Selangor. Selepas itu, nama Wilkinson ditukarkan kepada Linatex Rubber Products Sdn. Bhd. Pada tahun lebih kurang 2010, Kumpulan Weir memperolehi syarikat tersebut, namanya diubah sekali kepada Linatex Rubber Products Sdn. Bhd. (Weir Minerals Malaysia).

Perjanjian kolektif yang paling awal dan pertama adalah ditandatangani pada tahun 1971 dengan Wilkinson Rubber. Penandatangan perjanjian tersebut disaksikan oleh Menteri Buruh pada ketika itu, Tan Sri Manickavasagam.

Kemudian, kesatuan dikembangkan, sehingga sekarang ia telah mewakili pekerja di 17 syarikat merentasi Kawasan utara dan tengah semenanjung Malaysia. Kesatuan sering menghadapi diskriminasi anti-kesatuan, cabaran utama adalah mendapat pengesahan daripada majikan.

Dalam kes Euromedical (selepas itu diketahui sebagai Unomedical Sdn. Bhd.), perjuangan untuk mendapatkan pengesahan kesatuan sekerja mengambil masa 29 tahun! Syarikat tersebut mencabar kelayakan kesatuan untuk mewakili pekerja di sektor tersebut. Walaupun kesatuan telah meminda perlembagaannya untuk merangkumi produk syarikat tersebut. Malah syarikat tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan Menteri yang memberi pengesahan kepada NUECMRP.

Kesatuan juga ditarik ke mahkamah tinggi, seterusnya ke mahkamah tertinggi. Mahkamah Persekutuan membuat keputusan memihak kepada kesatuan. Selepas itu, syarikat dan kesatuan Berjaya memuktamadkan 2 perjanjian kolektif. Pada Ogos 2016, apabila perjanjian kolektif ketiga sedang dirundingkan, syarikat tersebut membuat pengumuman untuk menghentikan operasinya. Walaubagaimanapun, kesatuan dapat berunding dengan majikan satu pakej pampasan pemberhentian bagi pekerja.

Kesatuan cuba mengorganisasi 4,000 pekerja pembuat getah, tetapi usaha tersebut gagal hanya kerana masalah kelayakan. Kesatuan menghadapi berbagai tindakan undang-undang, menyebabkan perbelanjaan guaman yang besar bagi kesatuan.

Pencapaian

Pencapaian terbesar NUECMRP ialah membeli satu bangunan sebagai ibu pejabatnya di Pulau Pinang. Memilik bangunan sendiri mengurangkan kos operasi kesatuan dan membolehkan kesatuan menggunakan sumber kewangan untuk melakukan kerja lain, seperti mengorganisasi dan menganjur latihan-latihan.

NUECMRP membantu ahli-ahli untuk menyelesaikan berbagai-bagai aduan di tempat kerja, termasuk kes-kes layanan tidak adil dan gangguan seksual. Kesatuan juga mewakili pekerja ketika ada pertikaian perusahaan.

Kesatuan menyediakan latihan-latihan kepada ahli-ahli dari masa ke semasa. Pada tahun 2018, latihan-latihan seperti pembangunan kesatuan, organisasi kesatuan dan perundingan perjanjian kolektif telah dijalankan. Kesatuan akan menganjurkan lebih banyak latihan-latihan pada masa depan.

Cabaran dan Peristiwa Penting

Cabaran utama dalam organisasi pekerja masih ialah pemusnahan kesatuan. Dalam beberapa tahun yang lalu, NUECMRP cuba mengorganisasi pekerja di Toyo Tires, ia mendapat sokongan majoriti dalam proses undi sulit dan diberi pengesahan oleh Menteri Sumber Manusia pada tahun 2014. Malangnya, syarikat Jepun tersebut membuat permohonan semakan kehakiman di mahkamah sivil, mempertikaikan keputusan pemberian pengesahan Menteri.

Akhirnya, Mahkamah Persekutuan menterbalikkan keputusan dan mengarahkan satu undi sulit baru dijalankan. Pertikaian undang-undang menjadikan beban kewangan kesatuan. Ini merupakan satu contoh jelas pemusnahan kesatuan dan cabaran berterusan yang dihadapi oleh NUECMRP.

Bagi kesatuan, penggantian pekerja tempatan dengan pekerja migran di industry pembuatan getah adalah satu trend yang merisaukan kerana ia mengakibatkan pengurangan keahlian kesatuan. Organisasi pekerja migran amat mencabar kerana majikan sering mengugut mereka bahawa mereka kontraknya akan diberhentikan dan dihantar balik ke negara asal jika mereka memilih kesatuan dalam proses undi sulit, ugutan ini jelas bercanggah dengan Akta Kesatuan Sekerja dan Akta Perhubungan Perusahaan.

Satu lagi cabaran ialah sistem kehakiman telah menjadi satu halangan dalam mewujudkan perjanjian kolektif lebih baik. Apabila NUECMRP berunding untuk syarat-syarat yang lebih baik dalam perjanjian kolektif, syarikat-syarikat tidak akan teragak-agak untuk membawa kes-kes ke mahkamah perusahaan dan mahkamah tinggi, di mana mereka terpaksa berkompromi dengan syarat yang kurang memuaskan.

Akhirnya, undang-undang buruh yang mengehadkan kebebasan menyusahkan kesatuan sekerja Malaysia mengorganisasikan pekerja. Jabatan Perhubungan Perusahaan gagal mengambil tindakan keras terhadap majikan apabila mereka melanggar Akta Perhubungan Perusahaan. Undang-undang tersebut menyekat hak mogok kesatuan dan memberi kuasa sangat besar kepada Ketua Pengarah untuk campur tangan dalam perhubungan perusahaan dan pertikaian perusahaan.

Struktur Organisasi

NUECMRP telah menubuhkan 3 cawangan, iaitu cawangan utara yang meliputi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis; cawangan Perak; cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ibu pejabat adalah di Pulau Pinang.

Kesatuan mempunyai 3,680 ahli, pada satu ketika ia mempunyai 6,000 ahli. 70 peratus daripada jumlah keahliannya ialah wanita, 30 peratus adalah lelaki.

Pada peringkat kebangsaan, NUECMRP bersekutu dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Pada peringkat sedunia, NUECMRP bersekutu dengan IndustriALL Global Union.

NUECMRP
National Union of Employees in Companies Manufacturing Rubber Products

Hubungi Kami

Ibu Pejabat dan Cawangan Utara
Alamat : No.5096, Tingkat Bawah, Jalan Telaga Air, 12200 Butterworth, Pulau Pinang.
No. Tel : (+60)4-3237482
No. Faks : (+60)4 3245744
Emel : nuecmrp@gmail.com / nuecmrpmalaysia@hotmail.com

Cawangan Perak
Alamat : No.693, Tingkat Satu, Jalan Taman Kaya 2, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
No. Tel. : (+60)5-5278745
No. Faks : (+60)5-5272041
Emel : nuecmrp_perak@yahoo.com

Cawangan KL/Selangor
Alamat : No. 36A, Jalan SG 9/25, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan.