Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) telah ditubuhkan pada 30hb Ogos 1962. Selepas 60 tahun, hari ini NUJ mewakili 1,400 wartawan media di Malaysia.
Keahlian NUJ terbuka kepada wartawan yang bekerja di syarikat komersial, televisyen, radio, pertubuhan filem, kerajaan luar negara di Semenanjung Malaysia. NUJ mempunyai 8 cawangan di Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times, The Sun, STAR Publications, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Kwong Wah Yit Poh.
Matlamat NUJ adalah untuk mempromosikan kepentingan sosial, kebajikan dan intelek ahli-ahlinya. NUJ adalah satu-satunya kesatuan dalam kewartawanan yang boleh berunding secara kolektif dengan majikan untuk gaji yang adil, keselamatan tempoh perkhidmatan dan syarat-syarat kerja yang baik.
Semasa pandemik Covid-19, NUJ melancarkan dana kemahiran semula untuk menyokong wartawan-wartawan yang diberhentikan oleh kumpulan media.
Terdiri daripada wartawan profesional, NUJ juga mempertahankan kebebasan media dan menegakkan standard etika yang tinggi dalam industri. NUJ telah menghasilkan kod etika untuk ahli-ahli, menekankan bahawa orang awam mempunyai hak kepada kebenaran, hak kepada komen dan kritikan yang adil.
Oleh itu, wartawan mesti berusaha untuk menghasilkan laporan akhbar berdasarkan fakta dan melalui kaedah yang adil, dia tidak boleh menyekat maklumat atau memalsukan dokumen. Plagiat, fitnah, tuduhan tidak berasas dan rasuah adalah kesalahan serius.
Dalam beberapa dekad yang lalu, NUJ telah mengeluarkan banyak kenyataan akhbar untuk mengutuk keganasan dan intimidasi terhadap wartawan, dan cadangan penggubalan Akta berita palsu yang baru.
Pada tahun 2021, NUJ dan Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) menerbitkan Laporan Kebebasan Akhbar Malaysia bertajuk “Locked Down : Skru Mengetatkan Kebebasan Akhbar di Malaysia”, meliputi isu-isu seperti impak pandemik Covid-19 terhadap kebebasan akhbar, pelaksanaan majlis media yang tertangguh, diskriminasi terhadap wanita.
Selain itu, NUJ ialah salah satu pengasas Konfederasi Wartawan ASEAN, dan affiliasi Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ).
Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif NUJ
Presiden : Farah Marshita Abd Patah (NST)
Naib Presiden : Mohd Sudirman Haji Tahir (NST), Low Boon Tat (Star)
Setiausaha Agung : Chin Sung Chew (Sin Chew)
Timbalan S.A. : Farah Adilla Radin Mohd Fuad (NST)
Bendahari : Yau Choon Hiam (Nanyang)
Tim. Bendahari : Lim Kah Siang (Sin Chew)
AJK : One representative from each branch
Hubungi NUJ
Alamat : 30B, Jalan Padang Belia, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.
No. Tel. : 03-2274 2867
Emel : nujmsia@gmail.com
Laman web : http://www.nujm.org/
Facebook : https://www.facebook.com/National-Union-Journalists-of-Malaysia-NUJM-103326624732314