Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Petroleum Dan Kimia Semenanjung Malaysia (NUPCIW) adalah kesatuan yang mewakili pekerja-pekerja dalam sektor petroleum dan kimia.
NUPCIW menandatangani perjanjian kolektif dengan FGV Holdings Bhd Group, BASF, ESSO-ExxonMobil dan lain-lain.
NUPCIW sentiasa menyediakan latihan pemahaman Akta Kerja dan Akta Perhubungan Perusahaan, menyediakan kursus perjanjian bersama kepada ahli-ahli kesatuan.
Dato’ Abdul Halim adalah setiausaha agung NUPCIW sejak 1986. Beliau merupakan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) (2016-), beliau pernah mewakili pekerja di Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC), PERKESO, KWSP dan lain-lain.
Pekerja-pekerja dalam sektor petroleum dan kimia yang minat menyertai NUPCIW sila hubungi kesatuan:
Tel : 0379561221
Alamat : Lorong 8/1e, Seksyen 8 Petaling Jaya, 46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Maps : https://goo.gl/maps/w7gQVbYxad9uDwbc6