[Quick glance adalah siri penulisan pendek tentang kesatuan sekerja Malaysia berdasarkan maklumat atas talian]
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (NUTE) ditubuhkan pada 17hb September 1959. Kesatuan ini mewakili pekerja-pekerja bukan eksekutif di dalam sektor telekomunikasi.
Sekarang, NUTE mempunyai 7,200 orang ahli di beberapa syarikat telekomunikasi seperti Telekom Malaysia, Telekom Sales & Services Sdn. Bhd., TM&D Sdn. Bhd., TM Info-Media Sdn. Bhd., Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., Celcom Axiata Berhad dan lain-lain.
Dalam 50 tahun yang lalu, NUTE berjaya menandatangani beberapa perjanjian kolektif dengan syarikat telekomunikasi untuk menambahbaikkan syarat-syarat kerja. Pada tahun 2013, perjanjian kolektif dengan TM meningkatkan usia persaraan ke 60 tahun, dan menambahkan gaji pekerja-pekerja pada kadar 5.5 peratus.
Tel : 03-22821599
Facebook : https://fb.com/nutemalaysia
Alamat : Wisma NUTE 17, Jalan Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.