Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-Alat Pengangkutan dan Sekutu (NUTEAIW)

Sejarah Kesatuan

Pada hujung tahun 1960an, pekerja-pekerja automobil di Malaysia sering bekerja di bawah keadaan pekerjaan yang teruk, misalnya waktu kerja yang panjang dan tekanan kerja yang tinggi, sebahagian pekerja juga telah dipecat oleh majikan secara tidak adil.

Akibat daripada eksploitasi tersebut, sekumpulan pekerja termasuk Basri bin Hj. Ahmad, Mun Chee Wah dan Micheal Samy bermula mengorganisasikan pekerja. Pada awalnya, niat mereka ialah menyertai Kesatuan Logam yang sudah ditubuhkan. Tetapi Pendaftar Kesatuan Sekerja menolak dengan alasan bahawa pekerja sektor automotif tidak boleh diwakili oleh Kesatuan Logam.

Akhirnya, para pekerja daripada sektor automotif menubuhkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-Alat Pengangkutan dan Sekutu (TEU) pada 30hb Julai 1971. Mereka mengambil anggota baru daripada syarikat “knock-down” kereta dan assesori, serta kilang pemasangan basikal.

Tugas pertama selepas pendaftaran kesatuan ialah untuk mengadakan rundingan Perjanjian Kolektif. Rundingan pertama bermula pada tahun 1971 dan dimuktamadkan pada tahun 1973.

Pasa masa tersebut, kerajaan telah menggubal dasar di mana peratusan tertentu dalam komponen automobil mestilah buatan tempatan, maka pembuatan bermula dengan tayar, alas kaki dan jalur kulit. Dengan dasar baru ini kesatuan juga berkembang dan meliputi syarikat pembuatan komponen tersebut.

Apabila industri automotif semakin berkembang, lebih banyak syarikat mula membuat komponen untuk industri automotif. Penambahan jumlah pekerja ini telah meningkatkan jumlah keahlian kesatuan dan mencapai 11,000 ahli pada tahun 1987. TEU juga telah berjaya mengadakan rundingan Perjanjian Kolektif dengan 7 syarikat.

Pada permulaannya, Perjanjian Kolektif adalah di antara TEU dan Kesatuan Majikan sektor automotif meliputi keseluruhan industri. Namun beberapa ketika kemudian Kesatuan Majikan telah berpecah kerana syarikat kecil tidak mampu memberi faedah yang tinggi. Sejak itu, TEU mula mengadakan rundingan secara berasingan dengan setiap syarikat.

Perjuangan dan Peristiwa Penting

Dalam krisis ekonomi tahun 1987, sebahagian syarikat telah menghentikan operasi, sebahagian lagi telah bergabung dengan syarikat lain, menyebabkan jumlah keahlian kesatuan menurun mendadak kepada hanya 4,000 orang sahaja. Kesatuan juga menghadapi situasi di mana para pekerja di dalam dua buah syarikat besar membuat keputusan untuk menarik diri daripada TEU dan mendaftar sebagai kesatuan dalaman.

Pada tahun 1980, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Dr Mahathir Mohamad telah memperkenalkan dasar kereta nasional dan mulai menghasilkan kereta nasional pertama. Hasil daripada dasar tersebut, kesatuan dalaman di dalam syarikat telah bertambah.

Malahan, kerajaan telah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim untuk menangkap mantan Setiausaha Agung TEU, Arokia Dass. Beliau didakwa terlibat dalam aktiviti komunisme dan ditahan tanpa bicara selama 20 bulan. Pada hakikatnya, beliau adalah mangsa keadaan akibat suasana perkauman yang tegang dan perbalahan dalam gabungan pemerintah.

Pada tahun 1989, nama TEU telahpun ditukarkan kepada NUTEAIW (Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-Alat Pengangkutan dan Sekutu) untuk mengelakkan kekeliruan dengan 1 lagi kesatuan sekerja; Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan (TWU).

Pada tahun 1990, N. Gopal Kishnam telah dipilih sebagai Setiausaha Agung NUTEAIW. Pada waktu tersebut, kesatuan telah mengorganisasikan dan mempunyai Perjanjian Kolektif  bersama 49 buah syarikat.

Pencapaian

Setiap 3 tahun, NUTEAIW akan mewakili para pekerja berunding untuk mendapatkan faedah yang lebih baik. Salah satu pencapaian ialah berjaya mengurangkan jumlah waktu bekerja daripada 48 jam seminggu kepada 40 jam seminggu di beberapa buah syarikat. Kini, kesemua Perjanjian Kolektif NUTEAIW adalah 44 jam seminggu ataupun kurang daripada itu. Majoriti Perjanjian Kolektif tersebut mempunyai peruntukan berkaitan bonus.

NUTEAIW telah berjaya menyediakan satu skim insurans untuk ahlinya dan mereka boleh menikmati skim insuran pada kadar bayaran premium pada kadar yang rendah.

NUTEAIW juga berunding dengan majikan supaya faedah perubatan meliputi ahli keluarga pekerja. Semua Perjanjian Kolektif mempunyai peruntukan Cuti Bersalin buat isteri dan Cuti Kebapaan buat suami. Sebahagian syarikat telah memberi 98 hari Cuti Bersalin dan mematuhi Konvensyen 183 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Lebih daripada 10 syarikat lain telah memberikan 90 hari Cuti Bersalin, dan Cuti Kebapaan 3 hingga 5 hari.

Cabaran semasa

Gaji adalah perkara paling penting untuk ahli kesatuan. Kos Sara Hidup telah meningkat secara mendadak dalam 30 tahun yang lalu, gaji pekerja meningkat pasif tidak sejajar dengan kadar tersebut. Gopal berpendapat bahawa walaupun Produk Domestik Kasar (GDP) dilihat sangat baik, tetapi jurang kaya & miskin terlalu besar. Mereka yang tergolong dalam kategori atasan menikmati kesemua manfaat dan hasil, namun majoriti pekerja masih menderita kerana sistem pengagihan kekayaan adalah tidak adil dan tidak sekata.

Untuk berunding mendapatkan gaji lebih tinggi, para pekerja Malaysia perlukan sebuah Kesatuan Sekerja yang lebih kuat serta memiliki jumlah keahlian yang besar, selain itu, perundingan Perjanjian Kolektif dengan satu Kesatuan Majikan untuk seluruh industri juga dikehendaki. Perundingan seluruh industri akan membenarkan NUTEAIW menumpukan tenaga dan masa dalam mengorganisasikan pekerja.

Selain daripada itu, pihak kerajaan tidak ada suatu peruntukan undang-undang melindungi pekerja daripada pengagihan pendapatan yang tidak adil. Mahkamah Perusahaan yang semakin legalistik adalah merupakan salah satu faktor menyebabkan gaji pekerja rendah dan melemahkan kuasa perundingan Kesatuan Sekerja.

20 tahun dahulu, majikan tidak berminat membawa kes pertikaian ke mahkamah, tetapi sekarang mereka sudah berubah kerana mendapati Mahkamah Perusahaan lebih berpihak kepada majikan. Walaupun Mahkamah Perusahaan membuat keputusan pro-pekerja, majikan pula boleh rujuk kes-kes pertikaian tersebut ke Mahkamah Tinggi. Kesatuan Sekerja di Malaysia tetap berusaha menghadapi cabaran undang-undang yang ditimbulkan oleh majikan.

Lagi satu cabaran ialah, kemasukan pekerja migran secara besar-besaran ke dalam industri peralatan pengangkutan telah memberi kesan besar kepada kadar pengorganisir. Kebanyakan pekerja migran lebih suka kerja lebih masa untuk menghantar duit ke negara asal mereka. Mereka tidak minat menyertai Kesatuan Sekerja dan berunding untuk faedah pekerjaan yang lebih baik.

Sebenarnya, majikan sering menipu pekerja migran. Mereka tidak dibayar overtime sungguhpun bekerja 12 jam sehari. Pekerja migran terdedah kepada salahguna kuasa majikan. Walaupun cabaran begitu besar, NUTEAIW berjaya mengorganisir kilang-kilang dengan pekerja majoriti adalah pekerja migran. “Kita melayan semua ahli samarata dan terus melawan untuk hak dan faedah mereka.”

Lagi satu cabaran ialah bagaimana untuk menjangkau anak muda dan mengorganisir mereka. Generasi muda tidak berminat untuk menyertai Kesatuan Sekerja kerana kekurangan maklumat tentang peranan yang dimainkan.

Struktur Kesatuan

NUTEAIW mempunyai satu Majlis Eksekutif Kebangsaan dengan 19 ahli, 2 ahli adalah wanita. NUTEAIW mempunyai 4 kakitangan sepenuh masa yang bekerja di pejabat di Shah Alam, Selangor.

Nama Jawatan
Mohamad Fauzi Bin Ibrahim Presiden
Nazri Bin Alias Naib Presiden
N. Gopal Kishnam a/l Nadesan Setiausaha Agung
Mohd Yusof bin Hamidi Timbalan Setiausaha Agung
Mohamad Shahrul Nizam bin Hazmi Bendahari
Kamar Ariffin bin Mohd Nor Ahli Jawatankuasa Kerja
Arageson a/l Yagamparam Ahli Jawatankuasa Kerja
Selvi a/p Pallaniandy Ahli Jawatankuasa Kerja
Shariful Azhar bin Hassan Ahli Jawatankuasa Kerja
Amir bin Jamaludin Ahli Jawatankuasa Kerja
Sanmugam a/l supaiya Ahli Jawatankuasa Kerja
Mohd Rashidi bin Abdullah Ahli Jawatankuasa Kerja
Muhamad Arshad bin Mohd Rasidi Ahli Jawatankuasa Kerja
Silmi bin Arshad Ahli Jawatankuasa Kerja
Norsuhaini bt Sulaiman Ahli Jawatankuasa Kerja
Annapoorani a/p Vasoo Ahli Jawatankuasa Kerja
Wan Mazlina bt Rosli Ahli Jawatankuasa Kerja
Siti Khalijah binti Awi Kerani Am Kanan 
Regina a/p Ratnakaran Kerani Am

Hubungi Kami

Adakah anda bekerja di sektor peralatan pengangkutan? Atau syarikat anda bekerja membekalkan assesori kepada sektor tersebut? Jika ya, anda boleh menjadi ahli NUTEAIW, sila hubungi kami serta-merta!

Anda juga dialu-alukan untuk berjumpa dengan pegawai kita untuk berbincang masalah-masalah yang dihadapi di tempat kerja. Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami melalui panggilan ataupun bersurat, kami akan cuba sedaya upaya membantu anda.

Alamat          : No. 30A, Jalan Utas A, Seksyen 15, 40000 Shah Alam, Selangor

                       Darul Ehsan, Malaysia

Tel                : (+60) 3 5519 2421  

Faks             : (+60) 3 5510 6863

Mobil             : (+60) 19 3174717 (Gopal)

Emel             : nuteaiwhq@gmail.com

Laman web   : http://tradeunion.org.my/nuteaiw-en

Facebook      : https://www.facebook.com/nuteaiw/

Peta              : https://goo.gl/maps/1VSBn8W6ojWJsBCcA