Sejarah Kesatuan
Seperti kesatuan sekerja lain di Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja di Dalam Perusahaan Membuat Kasut Semenanjung Malaysia (NUWSMIPM) bermula dengan kesatuan syarikat.
Pada tahun 1969, pekerja-pekerja kasut di syarikat Bata mengadakan satu mogok besar-besaran di Klang untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap majikan, isu-isu yang dibangkitkan termasuk sistem gaji yang berdasarkan bilangan produk yang dikeluarkan (piece-rated) di syarikat tersebut. Mogok tersebut dipimpin oleh pemimpin “Kesatuan Kasut 35” (35 Shoe Union) dari Johor Bahru.
Akhirnya, Kesatuan Pekerja-Pekerja Kasut Bata (BSEU) secara rasmi berdaftar dalam tahun yang sama. Pengasas kesatuan ialah Hussin Kusan, Kamaruzaman, Yin Chew Chaia, Yeap Yin Ling dan lain-lain.
Bata adalah salah satu pelabur industri pembuatan paling awal di Malaysia. Kilang di Bata Shoe Company (Singapore) Limited telah menubuhkan kilang di Klang pada tahun 1936.
Dalam tahun berikut, BSEU aktif mengorganisasi lebih banyak kilang kasut, susulan daripada usaha organisasi tersebut, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja di Dalam Perusahaan Membuat Kasut Semenanjung Malaysia (NUWSMIPM) ditubuhkan pada tahun 1975. Syarikat-syarikat yang diorganisasikan ialah :
- Bata Shoe (Malaya) Sdn. Bhd. (Produk : kasut getah, kilang sudah tutup)
- Intercontinental Rubber Product, Butterworth (Produk : kanvas, kasut sekolah, kilang sudah tutup)
- Kulit Kraf, Petaling Jaya (Produk : kasut askar, kasut kulit)
- Sepatu Timur, Kelantan (Produk : kasut askar, kasut kulit)
- Permada, Alor Setar (Produk : kasut sekolah, kilang sudah tutup)
Perjuangan dan Peristiwa Penting
Objektif utama NUWSMIPN ialah memperjuangkan gaji, faedah dan skim keselamatan sosial yang lebih baik untuk ahli-ahlinya yang merangkumi pekerja pembuatam, staf kerani dan pentadbiran.
Perjanjian kolektif pertama (CA) ditandatangani dengan Bata pada tahun 1970an. NUWSMIPM Berjaya mengubahkan sistem gaji mengikut unit hasilan (piece-rate) kepada gaji mingguan, dua minggu sekali dan akhirnya gaji bulanan. Perjuangan tersebut ambil masa lebih kurang 20 tahun.
Selepas kesatuan memperjuangkan elaun kos sara hidup (COLA), syarikat-syarikat setuju memberi COLA sebanyak RM30 kepada ahli kesatuan. Berkenaan dengan bonus hujung tahun, CA telah menetapkan prinsip perkadaran mengikut prestasi pekerja, dalam lingkungan 0.5 bulan hingga 2.1 bulan.
Di syarikat Bata, satu ganjaran istimewa akan dibayar kepada pekerja apabila mereka mencapai umur pencen. Tetapi pekerja boleh memilih untuk menukarkan ganjaran tersebut kepada 4 peratus sumbangan tambahan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ia adalah ditambah ke atas 10 peratus sumbangan KWSP daripada majikan.
Cabaran Masa Depan
Bagi NUWSMIPM, sistem gaji minima ada kebaikan dan keburukannya. Selepas gaji minima dilaksanakan di Malaysia pada tahun 2012, banyak majikan anggap gaji minima sebagai “gaji maksimum”. Selepas gaji minima diberikan, pihak pengurusan enggan menambah gaji pekerja kasut dalam tahun yang berikutan.
Selain daripada itu, dengan kemasukan kasut murah dari negara membangun yang lain dan penyusutan permintaan pasaran terhadap kasut buatan tempatan, kerajaan harus menggunakan dasar perolehannya untuk memberi kerja-kerja yang lebih banyak kepada syarikat kasut tempatan, langkah-langkah tersebut akan merangsang pertumbuhan industri tempatan dan membawa faedah kepada pekerja-pekerja tempatan.
Memandangkan industri kasut adalah satu industri “matahari terbenam” (sunset industry) di Malaysia, penggabungan NUWSMIPM dengan kesatuan industri sejenis lain mungkin dianggap satu pilihan yang harus dipertimbangkan pada masa depan.
Struktur Organisasi
Senarai ahli jawatankuasa eksekutif NUWSMIPM adalah seperti berikut :
Presiden : Jamaludin Ariffin
Naib President : Ramlan Daud
Setiausaha Agung : Mimi Riyanti Romli
Penolong S.A. : Norhamizah Abd Hamid
Bendahari : Ahmad Mustapa Ibrahim
AJK : Azmi Don & Razlan
Hubungi Kami
Alamat : No. 6, Lintang Sungai Keramat 10E Taman Klang Utama, Jalan Kapar 42100 Klang, Selangor, Malaysia.
Tel : (+60)3-74933317
Faks : (+60)3-74933368
Emel : noorlailaaslah60@gmail.com