Pelancaran Akademi Pekerja dan Latihan Menangani Pemecatan Tidak Adil

LLRC dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelancaran Akademi Pekerja hari ini. Akademi ini bertujuan untuk menyediakan pelbagai latihan kepada para pekerja, anggota kesatuan sekerja, dan aktivis masyarakat sivil.

Objektif utama Akademi Pekerja adalah untuk meningkatkan kapasiti para aktivis pekerja dalam mempertahankan hak-hak pekerja yang termaktub dalam undang-undang, meningkatkan kemahiran dalam perundingan kolektif dan advokasi, serta merangsang diskusi tentang piawaian buruh antarabangsa, dasar-dasar sosio-ekonomi, dan amalan terbaik dari gerakan buruh di seluruh dunia.

Program-program Akademi Pekerja akan dijalankan secara maya (virtual) melalui Zoom dan juga melalui pertemuan bersemuka. Sebahagian program terbuka kepada orang awam, sementara sebahagian lagi terhad kepada anggota kesatuan. Beberapa program adalah percuma, sementara yang lain memerlukan bayaran minimum.

Untuk program pertama, kami dengan bangga mengumumkan latihan bertajuk “Bagaimana Menangani Pemecatan Tidak Adil” yang akan disampaikan oleh Nara sumner, Gopal Kishnam Nadesan, Setiausaha LLRC dan Setiausaha Agung NUTEAIW.

Berikut adalah butiran program:

• Tarikh: 19hb November 2023, Ahad
• Masa: 2:00 petang
• Mod: Maya (Virtual) melalui Zoom
• Bayaran: Percuma

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi isikan borang pendaftaran Zoom : https://tinyurl.com/bdea5279

Jangan lepaskan peluang ini untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran anda dalam melindungi hak-hak pekerja. Kami mengalu-alukan penyertaan anda dalam Akademi Pekerja.