Pada 29hb Julai 2023, Buku Panduan Hak Pekerja LLRC telah dilancarkan oleh Tuan Charles Santiago, Pengerusi ASEAN Parliamentarians for Human Rights dan Pengerusi SPAN pada 29hb Julai 2023 di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya.
Buku panduan tersebut menggunakan bahasa yang mudah untuk menerangkan hak minimum pekerja yang dijamin oleh Akta Kerja 1955, peranan kesatuan sekerja, perundingan kolektif dan pertikaian perusahaan.
Lebih kuarang 55 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pelancaran buku tersebut, dua diskusi panel yang meneliti kebebasan berpersatuan dan memartabatkan hak pekerja.