Pemetaan Tempat Kerja

Oleh : Ng Yap Hwa

Jika anda seorang ahli jawatankuasa tempat kerja, langkah pertama untuk memulakan kerja sebagai wakil kesatuan ialah membuat satu pemetaan di tempat kerja anda.

Pemetaan akan menolong anda : (1) Memahami kekuatan kesatuan di syarikat anda, (2) Membangunkan satu pangkalan data pekerja-pekerja untuk memudahkan dan meningkatkan komunikasi antara pekerja-pekerja, (3) Memahami isu-isu pekerja di setiap unit contohnya unit pengeluaran, unit bungkusan, unit pemeriksaan; (4) Menganalisa potensi untuk menyusun pekerja-pekerja yang belum menyertai kesatuan.

Pertamanya, melukis satu pelan susun atur syarikat anda seperti berikut. Memanggil satu mesyuarat untuk pekerja-pekerja, tanpa kira ahli kesatuan atau bukan ahli kesatuan, supaya mengenalpastikan mana-mana tempat atau kemudahan yang pekerja tidak puas hati, termasuk tandas, kantin, tempat letak motorsikal dan lain-lain.

Di bawah merupakan satu contoh pelan yang disediakan oleh Unifor, kesatuan sekerja sektor swasta terbesar di Canada. Setiap tempat dilukis dengan terperince, termasuk bilik simpanan barangan, ruang kerana dan unit logistik dan penemarian.

(Sumber : Jabatan organisasi Unifor, 2015[1])

Keduanya, melukis satu pelan setiap unit syarikat dan menuliskan jumlah pekerja dan jumlah ahli kesatuan di dalam unit tersebut, tahap penglibatan mereka dalam kesatuan, perkara lain seperti isu keselamatan dan kesihatan kerja.

Dengan data ini, kesatuan sekerja boleh mula sasarkan pekerja-pekerja bukan ahli kesatuan dan menyusun mereka dalam kesatuan. Wakil kesatuan juga boleh berfikir aktiviti yang sesuai untuk melibatkan ahli-ahli dalam bahagian tersebut supaya meningkatkan tahap penglibatan mereka dalam kesatuan.

Di bawah adalah satu contoh pelan yang disediakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja British (TUC) untuk sebuah syarikat yang mempunyai beberapa pejabat di tempat berlainan.

(Sumber : TUC, 2008[2])

Seterusnya, dengan perbualan harian dengan pekerja-pekerja, anda harus cuba mengumpulkan sebanyak maklumat yang mungkin ada. Misalnya nombor telefon, emel, ahli kesatuan atau tidak, sikap mereka terhadap kesatuan, isu-isu di tempat kerja dan peribadi, hobi dan aktiviti sosial. Di bawah merupakan satu contoh pangkalan data untuk satu tempat kerja.

Akhirnya, wakil kesatuan harus menghasilkan satu senarai semakan (checklist) tentang keadaan kerja seperti gaji minimum, kadar lebih masa, cuti awam, cuti tahunan, cuti sakit, keselamatan dan kesihatan, faedah-faedah seperti faedah perubatan, bonus, bayaran pemberhentian dan prosidur rungutan.

Pada masa yang sama, jika tempat kerja anda sudah mempunyai perjanjian kolektif, sila bandingan syarat tempat kerja dengan perjanjian kolektif dan syarat-syarat minimum yang ditetapkan oleh undang-undang perburuhan.

Di bawah adalah satu contoh senarai semakan syarat-syarat kerja di sebuah syarikat yang belum lengkap, cuba menghasilkan satu senarai semakan dengan mengisikan semua maklumat yang diperlukan untuk syarikat anda.

Anda adalah bebas tambah atau tolak perkara di sebelah kiri, dan juga boleh menambah satu lajur baru untuk banding dengan syarikat lain dalam industri yang sama dan menghasilkan produk yang lebih kurang sama.

Pemetaan mengambil masa, jawatankuasa tempat harus mengadakan mesyuarat terlebih dahulu, membincangkan data-data yang harus diperolehi dan menghasilkan senarai semakan yang menyuluruh. Berbual dengan pekerja-pekerja dan mengambil nota serta-merta.

Selepas mengumpulkan semua data ini, wakil kesatuan dapat bermula membuat rancangan penyusunan, komunikasi, menyelesaikan masalah-masalah di tempat kerja dengan jadual waktu yang ditetapkan.

Wakil kesatuan boleh mengaturkan mesyuarat dengan pekerja-pekerja untuk membincangkan bagaimana menyelesaikan masalah contohnya sikap penyelia dan keselamatan kerja. Wakil kesatuan boleh meminta satu dialog sosial atau mesyuarat dengan pihak pengurusan untuk mengatasi masalah tersebut.

Tambahan pula, jika sebahagian pekerja tidak minat menyertai kesatuan atau memusuhi kesatuan, selepas mengetahui hobi atau aktiviti sosial mereka, anda boleh cuba menghubungi pemimpin komuniti yang berdekatan dengan pekerja tersebut untuk menyerdehankan sikap mereka terhadap kesatuan.

Dengan melaksanakan kerja-kerja tersebut, wakil kesatuan sekerja dapat memperkasakan kesatuan sekerja di tempat kerja anda, menyatupadukan semua pekerja untuk menyediakan cabaran lebih besar yang mungkin akan datang satu hari nanti, iaitu perundingan kolektif atau tindakan perusahaan.