Pendaftaran Kesatuan Sekerja

Sumber : Rumusan daripada buku panduan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja

Nota : Pendaftaran melalui sistem informasi kesatuan sekerja elektronik sila klik e-TUIS.

1.0 Minima 7 orang pekerja untuk menubuhkan kesatuan

Memanggil pekerja untuk mengadakan mesyuarat penubuhan. Jumlah kehadiran
tidak dihadkan tetapi perlu seberapa ramai yang boleh, tetapi tidak kurang daripada 7 orang pekerja yang akan menjadi ahli jawatankuasa pro-tem.

2.0 Agenda Mesyuarat Penubuhan

Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan semasa mesyuarat penubuhan adalah
seperti berikut:-

i) Melantik “Pengerusi Sementara” dan “Pencatat Minit” dalam mesyuarat penubuhan.

ii) Membincangkan secara ringkas tujuan penubuhan kesatuan sekerja.

iii) Menetapkan skop keahlian kesatuan sekerja

iv) Menetapkan kadar yuran masuk dan yuran bulanan

v) Menetapkan nama dan alamat berdaftar kesatuan sekerja

vi) Membincangkan dan meluluskan peraturan-peraturan kesatuan sekerja

vii) Melantik Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi,
Setiausaha,Bendahari dan empat (4) orang Ahli Jawatankuasa. Mereka boleh dipilih dengan cara angkat tangan.

viii) Syarat- syarat untuk menjadi pegawai mengikut seksyen 26 dan seksyen 28
Akta Kesatuan Sekerja 1959 ialah:-

  • Seorang warganegara Malaysia;
  • Telah bekerja bagi tempoh lebih daripada satu tahun dalam mana establishment, trade,pekerjaan atau industri di mana kesatuan sekerja itu
  • ada kaitan;
  • Tidak pernah menjadi ahli eksekutif mana-mana kesatuan sekerja yang mana pendaftarannya telah dibatal atau ditarik balik di bawah seksyen 15(1)(b)(iv),(v) atau (vi) atau di bawah mana-mana undang-undang yang telah dimansuhkan;
  • Tidak menjadi seorang pegawai atau pekerja sesuatu parti politik.
  • Tidak pernah disabitkan oleh mana-mana mahkamah undang-undang mengenai pecah amanah, pemerasan atau intimidasi atau suatu kesalahan yang pada pendapat Ketua Pengarah menjadikannya tidak layak untuk menjadi sebagai pegawai kesatuan sekerja itu atau;
  • dia bukan seorang bankrap.

ix) Lain-lain Hal

3.0 Application documents

Prosedur untuk mendaftar kesatuan adalah seperti berikut:-

a) Mengisi Borang Permohonan (Borang B)

b) Menyediakan dokumen-dokumen berikut kepada Jabatan Hal Ehwal
Kesatuan Sekerja, tidak lewat dari 30 hari selepas tarikh penubuhan:-

i) Surat permohonan – 2 salinan
ii) Minit Mesyuarat Penubuhan – 2 salinan
iii)Senarai pekerja yang hadir – 2 salinan
iv)Senarai pekerja yang menyokong penubuhan kesatuan sekerja – 2 salinan
v) Buku Peraturan Bercetak – 1 naskhah
vi) Borang permohonan (Borang B) – 4 salinan
vii)Borang Praecipe bersetem hasil RM30.00 -1 salinan.

4.0 Tidak dibenarkan mengutip yuran bulanan

a) Sebelum percetakan dilakukan, kesatuan dinasihatkan supaya menyemak
“proof copy” terlebih dahulu dengan teliti dan jika perlu dapatkan nasihat dan
panduan dari pegawai jabatan.

b) Kesatuan tidak dibenarkan mengutip yuran bulanan atau yuran khas dari
anggota untuk menampung segala perbelanjaan dalam proses permohonan
pendaftaran kesatuan sekerja kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah
Kesatuan Sekerja.

5.0 Senarai Semak

Pastikan dokumen-dokumen berikut dikemukakan:-

(a) Borang B– 4 salinan
(b) Borang Praecipe bersetem Hasil RM30.00
(c) Buku Peraturan Bercetak
(d) Minit Mesyuarat Penubuhan
(e) Senarai pekerja yang hadir
(f) Senarai pekerja yang menyokong penubuhan
kesatuan sekerjaekerja