
Bilingual – English language at the bottom
Kenyataan Media Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan pada 23hb Mei 2021 di Shah Alam
Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan terkejut bahawa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang baru-baru diumumkan membenarkan semua aktiviti ekonomi dijalankan seperti biasa.
Memandangkan kes-kes Covid-19 telah mencapai lebih daripada 6,000 kes secara berterusan, satu-satunya langkah yang masuk akal adalah mengumumkan lockdown sepenuhnya dan memberikan subsidi upah 80 peratus untuk semua pekerja di sektor formal dan tidak formal.
Kawalan kendiri yang dicadangkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, jikalau tidak dilaksanakan dengan pemberian subsidi upah, adalah tidak munasabah kerana ramai pekerja bergantung kepada pendapatan sedikit untuk menampung kehidupan keluarga mereka.
Kami memahami kekhuatiran komuniti perniagaan, pekerja berpendapatan rendah, peniaga pasar malam dan pekerja freelance lain bahawa pendapatan korporat dan peribadi akan terjejas teruk sekiranya berlaku penutupan sepenuhnya. Tetapi subsidi upah yang mencukupi akan menjamin keselamatan pendapatan semua pekerja, pengalaman Singapura membuktikannya.
LLRC juga mendesak pemerintah untuk mempertimbangkan untuk memberi keutamaan vaksinasi kepada pekerja-pekerja yang terlibat dalam industri intensif buruh seperti pekerja kilang pembuatan dan sektor pembinaan, kerana 60 peratus kelompok Covid-19 baru terdiri daripada kelompok tempat kerja.
Akhirnya, kerajaan juga harus memastikan keselamatan makanan untuk semua manusia yang tinggal di Malaysia, termasuk pekerja yang menganggur, pekerja migran dan orang pelarian.
N. Gopal Kishnam & Irene Xavier
Chairpersons
Pengerusi Bersama
Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan
Press statement by Labour Law Reform Coalition on 23 May 2021 in Shah Alam
Complete lockdown with sufficient wage subsidy is the only way to fight the Covid-19 pandemic
Labour Law Reform Coalition is appalled by the new Movement Control Order 3.0 that allows business as usual and the advice of self-lockdown by the Director-General of Health Ministry.
Given that the Covid-19 cases have escalated to more than 6,000 cases continuously, the only sensible move is to announce a complete lockdown and provide 80 percent wage subsidy for all workers in the formal and informal sector. Self-lockdown without income security is impossible for workers struggling to put everyday food on table.
We understand the concern of the business community, low-income workers, night-market sellers and other freelance workers that the corporate and personal incomes would be severely affected in the case of complete lockdown. But a sufficient wage subsidy will ensure income security of all workers, the Singaporean experience has proved it.
LLRC also urges the government to considers giving vaccination priority to workers involved in labour intensive industries such as manufacturing and construction workers, since workplace clusters consisting 60 percent of the total new clusters.
Lastly, the government must also ensure food security for all human being living in Malaysia, including unemployed workers, migrant workers and refugees.
N. Gopal Kishnam & Irene Xavier
Co-Chairpersons
Labour Law Reform Coalition