Pada 12hb Mac 2024, pemimpin LLRC membuat kunjungan kepada Exco Kerajaan Selangor YB Papparaidu di SUK Shah Alam.
Kami telah membincangkan isu-isu berkaitan dengan pekerja-pekerja, misalnya pusat jagaan kanak-kanak, pemberhentian pekerja-pekerja di kilang Goodyear, masalah-masalah yang dihadapi oleh pelaut-pelaut dan masalah kos sara hidup terlalu tinggi.