Persatuan Pekerja Rumah Tangga Indonesia Migran (PERTIMIG)

PERTIMIG, Persatuan Pekerja Rumah Tangga Indonesia Migran merupakan pertubuhan yang disertai dan dipimpin oleh pekerja rumah tangga (PRT) Indonesia di Malaysia. Sebagai pertubuhan pekerja yang memperjuangkan hak-hak pekerja rumah tangga migran, PERTIMIG bekerja secara bebas.

Sejak pembentukan pada 15hb Disember 2019, saat ini telah memiliki anggota lebih dari 120 pekerja rumah tangga Indonesia di Malaysia. Dalam menjalankan kerja organisasi, PERTIMIG mengikut prinsip persatuan dan demokrasi.

Visi PERTIMIG ialah mewujudkan kerja layak untuk Pekerja Rumah Tangga Indonesia di Malaysia dan perlindungan melalui undang-undang pekerja rumah tangga, untuk kesejahteraan pekerja rumah tangga migran dan anggota keluarganya.

Lima misi utama PERTIMIG ialah (1) Pengorganisasian PRT Indonesia, di Malaysia, (2) Melancarkan kempen untuk meratifikasi Konvensyen Kerja Layak antarabangsa bagi PRT (C 189) dan Anti-Keganasan dan Gangguan (seksual) (C190); (3) Menghapus diskriminasi terhadap pekerja rumah tangga; (4) Advokasi polisi dan menangani kes-kes, (5) Pemberdayaan dan peningkatan kapasiti anggota.

Di Malaysia, PERTIMIG bergabung dengan Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan (LLRC). Di peringkat antarabangsa, kami adalah affiliasi Federasi Pekerja Rumah Tangga Antarabangsa (IDWF).

Hubungi Kami

Emel : pertimig2019@gmail.com

Laman Facebook : https://www.facebook.com/AkunPertimigMigran

Maklumat lanjutan sila klik sini.