Kesatuan Pekerja-Pekerja Pembuatan Kertas dan Produk Kertas (PPPMEU)

Sejarah Kesatuan

Kesatuan Pekerja-Pekerja Pembuatan Kertas dan Produk Kertas (PPPMEU) ditubuhkan oleh pekerja-pekerja kilang kertas pada tahun 1964. Ia bermula dengan satu atau dua kilang kertas pada ketika tersebut, selepas itu mereka terus mengorganisasi pekerja-pekerja di kilang kertas lain.

Salah satu perjuangan penting PPPMEU ialah melawan dengan sebuah kilang kertas selama 15 tahun untuk mengorganisasi perkerja-pekerja. PPPMEU telah Berjaya mendaftarkan ahli-ahli di tempat kerja tersebut dan memenangi undi sulit pada tahun 2003. Bagaimanapun, syarikat tersebut mencabar keputusan tersebut di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan. Kesatuan dapat kemenangan dalam perang undang-undang ini selepas 15 tahun.

Perjanjian kolektif (CA) pertama ditandatangani pada June 2018. Taktik-taktik penangguhan ini harus dikecam, ini membangkitkan kemarahan pekerja-pekerja dan aktivis kesatuan. Tetapi PPPMEU dan ahlinya meneruskan perjuangan untuk hak mereka, menyerah bukan pilihan.

Pencapaian

Sekarang, PPPMEU mempunyai 20 perjanjian kolektif, 2 ditandatangai dengan syarikat multinasional, iaitu Asia Pulp and Paper dan Kimberly Clark.

Salah satu pencapaian ialah berjaya menandatangani satu perjanjian kolektif mengenai pekerja kontrak dan agensi dengan kilang Kimberly Clark di Kluang, Johor pada tahun 2011. Kejayaan ini dicapai dengan bantuan Persekutuan Antarabangsa Kesatuan Pekerja-Pekerja Kimia, Tenaga, Lombong, dan Umum. (ICEM).

Sejurus selepas perjanjian itu berkuatkuasa, 130 daripada 180 pekerja kontrak di Kimberly Clark menyertai PPPMEU, mereka telah layak menikmati faedah-faedah seperti keselamatan social, skim pencen, bonus, cuti umum dan cuti tahunan. Perjanjian kolektif tersebut juga berjanji untuk menambahkan gaji 6 peratus secara retrospektif ke 1 Januari 2011 kepada 500 orang pekerja.

Sejak itu kerjasama antara pekerja-pekerja Kimberly Clark diteruskan dan mereka bersolidariti dengan satu sama lain dalam perjuangan sedunia.

Tambahan pula, sebuah syarikat kertas berkeras untuk membuat dua perjanjian kolektif untuk pekerja tempatan dan pekerja migran masing-masing. Tetapi kesatuan menegaskan prinsip iaitu sepatutnya satu CA untuk semua pekerja. Majikan merujuk kes tersebut kepada mahkamah tinggi, akhirnya PPPMEU memenangi kes tersebut. Kesatuan sangat jelas bahawa semua pekerja termasuk pekerja migran adalah diliputi oleh CA dan layak menikmati faedah-faedah.

Cabaran dan Peristiwa Penting

Bagi PPPMEU, Pendidikan pekerja merupakan cabaran terbesar kerana bukan semua pekerja mengetahui hak-hak mereka. Selepas menerima berbagai-bagai Pendidikan dan latihan, pekerja-pekerja kertas lebih memahami hak-hak mereka dan akan bermula menuntut hak-hak mereka.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, cabaran undang-undang adalah satu masalah untuk kesatuan. Apabila syarikat-syarikat tidak setuju dengan syarat-syarat dalam CA, mereka merujuk pertikaian tersebut ke mahkamah perusahaan. Semasa artikel ini dituliskan, sebanyak 8 CA masih menunggu keputusan di mahkamah perusahaan. Semua kes-kes mahkamah ini memakan masa dan membelanjari banyak wang.

Selain daripada CA, ada juga cabaran-cabaran seperti pemecatan, diskriminasi, ketidakpatuhan kepada CA. PPPMEU adalah satu-satunya pertubuhan yang boleh mewakili pekerja-pekerja kertas di tempat kerja dan memperjuangkan hak-hak mereka.

Formula undi sulit pula satu masalah dan harus direformasikan. Pada masa kini pekerja yang tidak membuang undi adalah dianggap undi menentang kesatuan. Oleh sebab itu, apabila pekerja migran pulang ke negara asal dan tidak membuang undi, Jabatan Perhubungan Perusahaan mengira ketidakhadiran mereka sebagai undi menentang kesatuan.

PPPMEU akan menerima cabaran untuk mengorganisasi lebih pekerja-pekerja muda di industri kertas. Ia percaya kesatuan akan memberi ruang kepada mereka untuk membangunkan kapasiti, keyakinan dan kepimpinan mereka. PPPMEU adalah komit kepada ketelusan dan kerapatan ahli-ahlinya.

Masa Kini

Hari ini, PPPMEU mempunyai 3,000 orang ahli di 28 kilang di Semenanjung Malaysia. Kesatuan bergabung dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan IndustriALL Global Union.

PPPMEU menanti-nantikan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pada tahun 2019. Ia akan terus advokasi kepada ratifikasi Konvensyen ILO 87 mengenai Kebebasan Berpersatuan dan Perlindungan Hak-Hak untuk Berorganisasi. Pada masa depan, kesatuan ingin menumpukan tenaga dalam industri kecil dan sederhana di mana pekerja-kerja kertas tidak mempunyai kesatuan.

Organisation Structure

General Secretary : Baharudin Baihakhi

Hubungi Kami

Semua pekerja-pekerja industri kertas atau produk kertas sila hubungi PPPMEU tentang prosidur pendaftaran keahlian. Sila jangan teragak-agak menghubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah di tempat kerja.

Alamat : No. 67B Kompleks Perniagaan PKNP Medan Gopeng 5, Jalan Gopeng 31350 Ipoh, Perak, Malaysia.

Tel : +60 5 31 39 095

Fax : +60 5 31 39 095

Mobile : +60 11-2745 2495

Email : ‎pppmeumalaysia@gmail.com / bahadin7777@gmail.com

Facebook : https://www.facebook.com/PppmeuMalaysia/