Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU Sabah)

Pada awal 1960an, pekerja-pekerja bank di negeri Sabah, sama ada mereka kerani atau eksekutif, menyertai Kesatuan Pekerja-Pekerja Komersil Sabah (SCEU) yang menerima anggota dari sektor bank, perladangan, perkayuan dan kedai-kedai.

SCEU menganjurkan satu mogok yang berjaya di Bank HSBC pada tahun 1965 akibat kebuntuan perundingan kolektif. Bank HSBC terpaksa menerima tuntutan kesatuan sekerja.

Bagaimanapun, selepas kerajaan Malaysia melaksanakan Akta Kesatuan Sekerja 1959 di Sabah, kesatuan sekerja terkpaksa mematuhi keperluan undang-undang iaitu semua kesatuan sekerja mesti disusun mengikut pembahagian “(jenis) pekerjaan, industri, tempat kerja”. Pekerja-pekerja bank disuruh untuk menubuhkan kesatuan sekerja bank tersendiri.

Pada 11hb September 1966, Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU Sabah) ditubuhkan dan didaftar dengan pendaftar kesatuan sekerja. Pekerja eksekutif bank menubuhkan Kesatuan Sekerja Perbankan Eksekutif Sabah.

SBEU Sabah menyusun pekerja-pekerja bukan eksekutif di 14 bank di negeri Sabah, misalnya Bank AFFIN, Bank AM, CIMB, Bank Hong Leong, Maybank, Bank Public, Bank RHB, Bank HSBC, Bank UOB, Bank Islam dan lain-lain.   

Perundingan kolektif seluruh industri adalah jarang di Malaysia, SBEU Sabah adalah salah satu pengecualian. Pada Februari 2019, SBEU Sabah menandatangani perjanjian kolektif seluruh industri ke-15 (2018-2022) dengan Persatuan Perbankan Komersil Sabah.

Perjanjian kolektif tersebut memberi 10-12% kenaikan gaji kepada pekerja-pekerja bank mengikut kategori pekerjaan mereka. Perjanjian tersebut memberi faedah kepada 1,300 ahli SBEU Sabah.

Pemimpin SBEU Sabah

Presiden : Margaret Chin Sat Peng

Setiausaha Agung : Catherine Jikunan

Pembantu Setiausaha : Margaret Chin Pau Jin

Hubungi SBEU Sabah :

No. Tel : 088-245500

Emel : sbeukkbranch@gmail.com

Laman Facebook : https://www.facebook.com/sbeukkbranch