Kesatuan Sekerja Komersil Borneo Utara telah didaftarkan pada 6hb April 1957 di Jesselton (nama lama Kota Kinabalu). Tiga pengasas kesatuan ialah George Chok, John Fung dan Peter Mah.
Apabila Kok Fung Chong mengambil alih jawatan Setiausaha Agung, beliau membelajari konsep kesatuan sekerja daripada Pertubuhan Kesatuan Sekerja Singapura (SATU) dan Kongres Kesatuan Sekerja Nasional Singapura (SNTUC).
Diilhamkan oleh pergerakan buruh di Singapura, beliau berjaya melaksanakan pembaharuan dengan sokongan kesatuan. Nama kesatuan ditukarkan kepada Kesatuan Sekerja Komersil Sabah (SCEU), cawangan kesatuan sekerja ditubuhan di seluruh negeri. Perlembagaan kesatuan membenarkan pekerja di sektor bank, perladangan, perkayuan dan pekerja kedai menyertai SCEU.
Pada tahun 1963, SCEU menemui satu kes diskriminasi kesatuan sekerja di Borneo Co. Sandakan. Kesatuan meminta syarikat tersebut mengembalikan pekerja tersebut ke jawatan asal. Apabila pihak pengurusan enggan berunding dengan kesatuan, SCEU menganjurkan mogok sehari selepas pertemuan dan mogok tersebut dilanjutkan selama satu bulan. Akhirnya, Borneo Co. Sandakan bersetuju membayar pampasan kepada pekerja tersebut.
Di bawah pimpinan Kok, SCEU juga menganjurkan satu lagi mogok di bank HSBC akibat kebuntuan perundingan kolektif pada tahun 1965, memaksa bank tersebut bertolak ansur dan menandatangani perjanjian kolektif.
Pada tahun 1966, Pendaftar Kesatuan Sekerja memberitahu SCEU bahawa Akta Kesatuan Sekerja 1959 memerlukan kesatuan sekerja berdaftar mengikut pembahagian “(jenis) pekerjaan, industri dan tempat kerja”.
Oleh itu, pekerja-pekerja di sektor bank, perladangan dan perkayuran dilarang bergabung dengan SCEU. Mereka digalakkan menubuhkan kesatuan industri tersendiri.
Sekarang, SCEU dipimpin oleh Noor Ainie (Presiden) dan Kok Tze Kin (Setiausaha Agung). Kesatuan tersebut ada cawangan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Hubungi SCEU :
No. Tel. : 088-225971, 088-211949
No. Faks : 088-213815
Emel: sceu_kk@yahoo.com
Blog : http://sceukk.blogspot.com/
Alamat: Lot 3, Blk N, 2nd Floor Sinsuran Shopping Complex, 88000 Kota Kinabalu, Sabah