Kesatuan Perkhidmatan Perubatan Sabah (SMSU) telah ditubuhkan oleh sekumpulan pembantu perubatan pada 13 April 1966 di Negeri Sabah.
SMSU adalah kesatuan sekerja dalam sektor awam yang menerima pembantu-pembantu perubatan di Negeri Sabah sebagai ahli. Objektifnya ialah melindungi hak-hak pembantu perubatan di hospital, klinik dan lain-lain tempat di Sabah.
SMSU sentiasa menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk anggotanya, contohnya latihan keselamatan dan kesihatan, sesi perjumpaan dengan ahli-ahli, acara solidariti dan seminar hari pekerja.
Kesatuan telah memberi suara penting kepada pembantu-pembantu perubatan di Sabah.
Semasa pandemi Covid-19, SMSU menyeru Kementerian Kesihatan untuk menjaga kebajikan pembantu perubatan yang bekerja 12 jam dalam satu syif. Isu-isu yang dibangkitkan adalah :
- Kekurangan tenaga kerja akan mengakibatkan pembantu perubatan menghadapi masalah seperti tekanan mental dan “burnt out”
- Kesatuan meminta elaun dan overtime diberikan kepada pekerja-pekerja secepat mungkin
- Cuti tahunan yang tidak sempat digunakan akan dihapuskan
Saudara Ajulahin Japin adalah Presiden SMSU, manakala Saudara Laurence Vun ialah Setiausaha Eksekutif.
Di peringkat kebangsaan, SMSU bergabung dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Di peringkat antarabangsa, SMSU bergabung dengan Public Services International (PSI).
Pembantu perubatan yang minat menyertai SMSU sila hubungi kesatuan :
Alamat surat-menyurat : PO Box 11257, Kota Kinabalu 88813 Sabah, Malaysia
Tel: 088-242126
Emel: smsu_hq@yahoo.com