[Quick glance adalah siri penulisan pendek tentang kesatuan-kesatuan sekerja Malaysia berdasarkan maklumat atas talian yang sedia ada]
Pada tahun 90an, sekumpulan pekerja perkayuan di Sabah Forest Industries (SFI) menubuhkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Forest Industries (SFIEU). Kesatuan tersebut menghantar tuntutan pengiktirafan pada tahun 2003 tetapi gagal.
Selepas itu, pekerja-pekerja perkayuan menubuhkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah (STIEU) dan menghantarkan dua tuntutan pengiktirafan pada tahun 2010 dan 2014 masing-masing. Walaupun Kementerian Sumber Manusia telah mengarahkan satu undi sulit dijalankan, SFI memfailkan beberapa semakan kehakiman untuk menghalang proses tuntutan pengiktirafan.
Akhirnya, STIEU menang dalam mahkamah persekutuan pada tahun 2017. Selepas satu tahun, STIEU menang dalam undi sulit di SFI dengan sokongan 72.88% daripada pekerja-pekerja.
Masa kini, STIEU masih aktif melindungi hak-hak pekerja semasa pandemik Covid-19. Ia melakukan perundingan kolektif dengan majikan, berunding untuk gaji dan syarat-syarat kerja yang lebih baik di industri perkayuan.
STIEU beraffiliasi dengan Building and Wood Workers’ International (BWI).
Setiausaha Agung : Engrit Liaw
Tel : 013-8512436
Laman Facebook : https://www.facebook.com/stieus70/
Email : stieus70@gmail.com
Blog : https://stieu70.wordpress.com/
Alamat : Lot 3,kampung naparan,jalan ulu sipitang, P.O Box 215,89857 sipitang,sabah,malaysia 89857 Sipitang, Sabah, Malaysia