Sejarah Kesatuan
Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkayuan Semenanjung Malaysia (TEUPM) ditubuhkan pada April 1968 di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Kuala Lumpur.
Pada awalnya, TEUPM lebih fokus dalam menyusun pekerja-pekerja di kilang pembalakkan, penggergajian (sawmill) dan kilang papan lapis (plywood) di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Sekarang, TEUPM meliputi pekerja-pekerja di industri pembalakan, pemprosesan perkayuan seperti rotan, buluh, papan lapis atau pembuatan perabot. Kesatuan mempunyai 8,000 orang pekerja di 48 kilang di semenanjung Malaysia.
Skop Representasi
1. Yang berasas Industri Perkayuan
i. Plywood & Veneer
ii. Moulding
iii. Door & Door Frame
iv. Furniture
v. Fibreboard
vi. Chipboard
vii. Cemboard
viii. Particleboard
ix. Pallet
x. Speaker Box
xi. Paqueit & Finger Joint
xii. Pencil
xiii. Saw Mill
2. Yang berasaskan Rotan.
3. Yang berasaskan Buluh.
Perjuangan dan Peristiwa Penting
Salah satu perjuangan paling penting TEUPM ialah melancarkan mogok selama 45 hari pada tahun 2006 di Terengganu, membantah kes gangguan seksual pihak pengurusan terhadap anggota kesatuan di syarikat Metro Pacific Plywwod Sdn. Bhd..
Mogok tersebut merupakan isu sangat besar pada ketika itu, sehingga Menteri Besar Terengganu pun terlibat dalam perundingan dengan syarikat. TEUPM berjaya memperjuangkan hak-hak ahli wanitanya.
Cabaran Semasa
Pada abad ke-21, kesatuan mendepani beberapa cabaran dalam menyusun pekerja-pekerja dalam industri perkayuan.
Pertamanya, penggunaan sistem pekerja kontrak secara berleluasa di industri ini telah menyusahkan pekerja-pekerja menyertai TEUPM.
Banyak syarikat perkayuan mengupah pekerja-pekerja kontrak melalui syarikat agensi dengan tempoh 6 bulan atau satu tahun sahaja, sebahagian diupah dengan kadar kepingan (piece rate).
Ini bermakna kesatuan tidak boleh menghantar tuntutan pengiktirafan kepada syarikat tersebut, tetapi harus menghantar ke syarikat agensi. Semua pekerja kontrak ini tidak menikmati faedah seperti KWSP dan PERKESO.
Keduanya, bilangan pekerja migran di industri perkayuan agak tinggi, iaitu lebih kurang 80% daripada jumlah tenaga dalam industri. Kebanyakan pekerja migan takut menyertai kesatuan kerana ugutan syarikat, walaupun mereka menyertai kesatuan, mereka akan kembali ke negara asalnya selepas 2-3 tahun.
Bagaimanapun, TEUPM telah menyusun pekerja migran secara aktif sejak tahun 2018 untuk menambahkan keahlian kesatuan dan membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah di tempat kerja. Sekarang lebih kurang 1,000 anggota merupakan pekerja migran.
Ketiga, majikan-majikan selalu melakukan diskriminasi terhadap kesatuan, menggunakan berbagai-bagai taktik untuk mengalahkan kesatuan dalam proses tuntutan pengiktirafan.
Misalnya, pada waktu membuang undi sulit, majikan akan menghantar pekerj-pekerja buat kunjungan di tempat lain dengan bas persiaran. Kesatuan membuat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), tetapi JPP tidak mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat tersebut.
Struktur Organisasi
Di bawah ialah senarai jawatankuasa kerja kebangsaan TEUPM (Tahun 2020) :
Presiden : Nahatiran a/l Perumal
Naib President : Grace a/p Bangariah
Naib President : Siti Salwa binti Ahmad
Setiausaha Agung : Nor Azlan bin Yaacob
Timbalan S.A. : Rasdi bin Abu Hanipah
Timbalan S.A : Suria binti Khamis
Bendahari : Saharuddin bin Mohamad
Exco :
Norma binti Yusof – Cwgn Sg. Petani
Hussein bin Abd Rahman – Cwgn P.Pinang/Kulim
Samsinisah binti Abd Hameed – Cwgn Ipoh
Baharuddin bin Ali – Cwgn Klang
Zaidi bin Tabri – Cwgn N.Sembilan
Fahemi bin Azaldin – Cwgn Segamat
Hafizal bin Hamid – Cwgn Batu Pahat
Mislina binti Sagi – Cwgn Kluang
Mohd Ainek bin Salem – Cwgn Johor Bahru
Rohani binti Sidek – Cwgn Temerloh
Nor Syuhada binti Khalid – Cwgn Kuantan
Hubung Kami
Kalau anda seorang pekerja yang sedang bekerja di industri perkayuan dan minat untuk menyertai kesatuan sekerja, sila hubungi kami dengan segera!
Alamat : No: 10A, Tingkat Satu, Jalan AU 5C/14, Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
Tel : (+60)341073594
Tel Bimbit : (+60)19-370 4886
Faks : (+60)341078180
Emel : teupmgs@gmail.com / azlanteu@gmail.com
Laman web : teupm.blogspot.com