
Media Statement issued by Labour Solidarity and Learning Resources Association (LLRC, previously known as the Labour Law Reform Coalition) at Kuala Lumpur on 21th January 2025:
_________________________________________________________
LLRC Launches Research Report Highlighting 10 Union-Busting Tactics in Workers’ Efforts to Organise in Malaysia
The Labour Solidarity and Learning Resources Association (LLRC) has officially launched its research report, “The Challenges of Workers’ Organising in Malaysia: A Report on Violations of Freedom of Association and Trade Union Rights,” at the North-South Initiative (NSI) office in Kuala Lumpur. This research report sheds light on the systemic barriers faced by unions in organising workers and aims to increase awareness among labour stakeholders while proposing actionable policy recommendations to create a more equitable labour environment.
The report was launched by LLRC leaders, including Adrian Pereira, Executive Director of North-South Initiative (NSI) and Ng Yap Hwa, LLRC Assistant General Secretary. The research report was prepared by Ng Yap Hwa and Tashny Sukumaran.
Since its inception in 2018, LLRC has been a vocal advocate for labour law reform and has received numerous complaints from trade unionists about the challenges of organising workers in Malaysia. Despite the urgent need for comprehensive records of anti-union discrimination and workers’ rights violations, systematic documentation and analysis remain scarce. This report, based on extensive interviews with trade union leaders and migrant worker activists from East and West Malaysia, seeks to fill that gap. It documents these challenges and offers critical analysis and recommendations to address them.
The report identifies 10 union busting tactics to destroy organising efforts, including the promotion of in-house “yellow unions” to block genuine unions, wrongful classification of workers to exclude them from union membership, delayed recognition processes and employer-led intimidation. It also highlights the vulnerabilities faced by migrant workers, who are often subject to threats of deportation, dismissal and other forms of retaliation for engaging in union activities. Among the other key barriers outlined are abuse of judicial reviews to slow down organising process, coercion and intimidation Of Workers, hiring of anti-union consultants and employer bribery during secret ballots.
In addition, internal challenges such as restricted access to workers, limited financial resources, limited infrastructure such as internet connectivity in the rural areas in East Malaysia, further compound these issues.
To tackle these systemic issues, LLRC proposes comprehensive policy reforms to the government. These include stricter enforcement of labour laws to penalise union-busting including imprisonment of employers, streamlining the union recognition process to prevent employer delays and removing outdated managerial and sectoral classifications that hinder union membership. LLRC urges the government to safeguard migrant workers’ rights, prevent employer-led legal harassment and establish a National Action Plan on Trade Union Development with a target to stimulate the growth of union membership for better collective power and improved labour welfare.
LLRC emphasises in the report the urgent need to reform the secret ballot process to ensure fairness and transparency. LLRC recommends the voting process should be continued until the achievement of 50 percent workers required by the Industrial Relations Regulations, relocating ballot boxes to neutral locations away from employer-controlled premises and granting unions equal access to workplaces and conducting briefing with workers. These reforms aim to protect workers from intimidation and create a fairer environment for union organising.
LLRC calls on the Ministry of Human Resources to take ILO observations in the past decade seriously, for example the prolonged claim for recognition process due to judicial reviews, violation of migrant workers’ rights to join the secret ballot exercise, low utilization rate of section 59 of Industrial Relations Act on union busting. ILO has been calling on the Malaysian government to reform laws and regulation to remove these barriers.
This research underscores the importance of fostering an enabling environment for trade unions in Malaysia. By addressing these barriers and implementing LLRC’s recommendations, the Malaysian government can align its labour practices with international standards and uphold the dignity and rights of workers. The report is available for download at https://tradeunion.org.my/the-challenges-of-workers-organising-in-malaysia-a-report-on-violations-of-freedom-of-association-and-trade-union-rights/ or via QR code and LLRC welcomes policymakers, unionists, NGOs and the public to access and share this important resource.
Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Solidariti Pekerja dan Sumber Pembelajaran (LLRC) di Kuala Lumpur pada 21hb Januari 2025:
______________________________________________________________
LLRC Melancarkan Laporan Penyelidikan Menyoroti 10 Taktik Anti-Kesatuan dalam Usaha Pekerja untuk Berorganisasi di Malaysia
Pertubuhan Solidariti Pekerja dan Sumber Pembelajaran (LLRC) telah melancarkan laporan penyelidikan bertajuk “Cabaran Pengorganisasian Pekerja di Malaysia: Laporan Mengenai Pelanggaran Kebebasan Berpersatuan dan Hak Kesatuan Sekerja” di pejabat North-South Initiative (NSI), Kuala Lumpur. Laporan ini mengetengahkan halangan sistemik yang dihadapi oleh pekerja dalam usaha mereka untuk berorganisasi dalam kesatuan sekerja serta bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan pihak berkepentingan buruh sambil mencadangkan langkah dasar yang praktikal untuk mewujudkan persekitaran buruh yang lebih adil.
Pelancaran laporan ini disempurnakan oleh pemimpin LLRC, termasuk Adrian Pereira, Pengarah North South Initiative (NSI) serta Ng Yap Hwa, Penolong Setiausaha Agung LLRC. Laporan penyelidikan ini disediakan oleh Ng Yap Hwa dan Tashny Sukumaran.
Sejak penubuhannya pada tahun 2018, LLRC telah menjadi penyokong lantang reformasi undang-undang buruh dan menerima banyak aduan daripada kesatuan sekerja mengenai cabaran dalam pengorganisasi pekerja di Malaysia. Walaupun terdapat keperluan mendesak untuk rekod yang menyeluruh mengenai diskriminasi anti-kesatuan dan pelanggaran hak pekerja, namun dokumentasi dan analisis sistematik masih kurang. Laporan ini, berdasarkan temu bual yang meluas dengan pemimpin kesatuan pekerja dan aktivis pekerja migran dari Semenjang Malaysia dan Malaysia Timur, bertujuan untuk mengisi jurang tersebut. Ia mendokumentasikan cabaran ini serta menawarkan analisis kritikal dan cadangan untuk menanganinya.
Laporan ini mengenal pasti 10 taktik anti-kesatuan yang bertujuan merosakkan usaha pengorganisasian, termasuk proses pengiktirafan yang tertangguh, intimidasi oleh majikan, promosi kesatuan “kuning” oleh majikan untuk menghalang kesatuan yang tulen dan pengelasan pekerja yang salah untuk mengecualikan mereka daripada keahlian kesatuan. Ia juga menyoroti kerentanan pekerja migran yang sering menjadi mangsa ancaman pengusiran, pemecatan dan bentuk pembalasan lain kerana melibatkan diri dalam aktiviti kesatuan. Antara halangan utama lain yang disebut ialah penyalahgunaan semakan kehakiman untuk melambatkan proses pengorganisasian, pengambilan perunding anti-kesatuan oleh majikan dan rasuah semasa pengundian rahsia.
Di samping itu, cabaran dalaman seperti akses yang terhad kepada pekerja, sumber kewangan yang terhad, serta kekurangan infrastruktur seperti sambungan internet di kawasan luar bandar di Malaysia Timur turut memperburukkan lagi isu ini.
Untuk menangani isu-isu sistemik ini, LLRC mencadangkan reformasi dasar yang komprehensif kepada kerajaan. Ini termasuk penguatkuasaan undang-undang buruh yang lebih ketat untuk menghukum aktiviti anti-kesatuan, termasuk hukuman penjara kepada majikan, mempercepatkan proses pengiktirafan kesatuan untuk mengelakkan kelewatan oleh majikan serta menghapuskan pengelasan lapuk pekerja mengikut sektor dan jawatan yang menghalang keahlian kesatuan. LLRC juga menggesa kerajaan untuk melindungi hak pekerja migran, mencegah gangguan undang-undang oleh majikan dan mewujudkan Pelan Tindakan Nasional Pembangunan Kesatuan Sekerja dengan sasaran untuk merangsang pertumbuhan keahlian kesatuan demi kuasa kolektif yang lebih kuat dan kebajikan pekerja yang lebih baik.
LLRC turut menekankan dalam laporan ini keperluan mendesak untuk mereformasi proses pengundian rahsia bagi memastikan keadilan dan ketelusan. LLRC mencadangkan agar proses pengundian diteruskan sehingga mencapai 50 peratus pekerja seperti yang dikehendaki oleh Peraturan Perhubungan Perusahaan, memindahkan lokasi peti undi ke tempat neutral yang tidak dikuasai majikan, serta memberi hak kepada kesatuan untuk mengakses tempat kerja dan mengadakan sesi taklimat bersama pekerja. Reformasi ini bertujuan untuk melindungi pekerja daripada intimidasi dan mewujudkan persekitaran yang lebih adil untuk pengorganisasian kesatuan.
LLRC turut menyeru Kementerian Sumber Manusia untuk mengambil serius pemerhatian oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam dekad yang lalu, termasuk tempoh panjang proses tuntutan pengiktirafan akibat semakan kehakiman, pelanggaran hak pekerja migran untuk menyertai pengundian rahsia serta kadar penggunaan yang rendah bagi Seksyen 59 Akta Perhubungan Perusahaan berkaitan aktiviti anti-kesatuan. ILO telah berulang kali menggesa kerajaan Malaysia untuk mereformasi undang-undang dan peraturan bagi menghapuskan halangan-halangan ini.
Kajian ini menegaskan kepentingan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi kesatuan sekerja di Malaysia. Dengan menangani halangan ini serta melaksanakan cadangan LLRC, kerajaan Malaysia dapat menyelaraskan amalan buruhnya dengan piawaian antarabangsa dan menegakkan martabat serta hak pekerja. Laporan ini boleh dimuat turun melalui pautan berikut: https://tradeunion.org.my/the-challenges-of-workers-organising-in-malaysia-a-report-on-violations-of-freedom-of-association-and-trade-union-rights/ atau melalui kod QR. LLRC mengalu-alukan pembuat dasar, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai untuk mengakses dan berkongsi sumber penting ini.
劳工法改革联盟 (LLRC) 于2025年1月21日在吉隆坡发布的媒体文告:
————————————————————————————————————
劳盟发布研究报告,揭示马来西亚政府企业十大反工会行为
劳动法改革联盟(LLRC)在吉隆坡的南北倡议(NSI)办公室发布了其研究报告《马来西亚工会的挑战:关于结社自由和工会权利侵犯的报告》,揭示马来西亚工会在组织工会时面临的系统性障碍,并提出可行的政策建议,提升劳工的醒觉,以创造一个更加公平的劳工环境。
该报告由劳盟领袖发布,其中包括劳南北倡议(North South Initiative)执行董事安德利柏里拉(Adrian Pereira)、劳工法改革联盟执行秘书黄业华。该报告由黄业华和Tashny Sukumaran撰写。
劳盟自2018年创立以来,就一直积极倡议劳动法的各类改革,同时也收到许多工会成员在组织劳工参与工会上面临各种阻碍。然而,马来西亚至今缺乏对于反工会歧视和劳工权利侵犯的情况进行系统性研究的报告。因此,劳盟通过对来自东马和西马的工会领袖和移工组织者进行广泛访谈,希望填补这一空白,并记录工会的挑战,同时提供政策建议,供决策者参考。
该报告指出了马来西亚工会组织劳工时面临的10大反工会行为,其中包括延迟工会认可程序、雇主主导的恐吓、推动“黄色工会”以阻碍真正的工会、错误地将劳工分类以排除他们的工会会员资格。报告还强调了移工所面临的脆弱性,他们常因参与工会活动而受到驱逐、解雇和其他形式的报复。其他主要障碍还包括滥用司法审查以拖慢组织工会谈判的过程、雇佣反工会顾问以及雇主在秘密投票中进行贿赂。
此外,内部挑战如对工人访问的限制、有限的财务资源以及基础设施不足(例如马来西亚东部农村地区的互联网连接)也进一步加剧了组织劳工的问题。
为了解决这些系统性问题,劳盟向政府提出了全面的政策改革建议,其中包括更严格地执行劳工法以惩罚反工会行为,甚至对雇主进行监禁,简化工会认可程序以防止雇主拖延、取消阻碍工会会员资格的过时管理和行业分类。劳盟也敦促政府保护移工人权利,防止雇主主导的法律骚扰,并制定《国家工会发展行动计划》,以促进工会会员增长,从而增强集体议价的力量,并改善劳工福利。
此外,劳盟也在报告中强调了改革秘密投票过程的紧迫性,以确保公平和透明的程序,使工会能有效地代表劳工与资方进行集体协议的谈判。劳盟建议投票过程应继续进行,直到达到《1967年工业关系法令》规定的50%的劳工投票要求。同时,投票箱应迁至雇主控制范围之外的中立地点,并授予工会平等访问工作场所的权利,为工人举办简报会,保护劳工免受恐吓,并为工会创造一个更公平的环境。
有兴趣阅读报告的政策制定者、工会成员、非政府组织和公众,可通过以下链接https://tradeunion.org.my/the-challenges-of-workers-organising-in-malaysia-a-report-on-violations-of-freedom-of-association-and-trade-union-rights/ 或通过二维码下载,欢迎大众一同促使马来西亚工会更进步,劳工权益更受保障。