[Trilingual PS] LLRC Stands in Solidarity with SUHAKAM Employees, Urges Government to Act Immediately

[Please scroll down for Bahasa Malaysia and Chinese version]

Media Statement issued by Labour Solidarity and Learning Resources Association (LLRC, previously known as the Labour Law Reform Coalition) at Kuala Lumpur on 9th January 2025:

LLRC Stands in Solidarity with SUHAKAM Employees, Urges Government to Act Immediately

The Labour Solidarity and Learning Resources Association (LLRC) stands in solidarity with the The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) employees in their fight for fair treatment, including advocating for transparent and equitable pay and performance evaluation mechanisms. LLRC also calls on the government to address these issues promptly and supports the establishment of a union to safeguard employees’ rights.

According to the SUHAKAM interim union president, Elza Nadiah Shaik Sulaiman, the employees will hold a picket this Friday to oppose unjust treatment. The protest will focus on the unequal pay adjustment, a dual-standard performance evaluation system and the SUHAKAM’s restriction on employees participating in the Public Service Remuneration System (SSPA).

As an independent institution that advocates for human rights including just remuneration, SUHAKAM should set an example by upholding human rights, particularly labour rights. However, internal labour disputes within the commission itself, including the application of double standards towards its employees have severely damaged its credibility and public image.

Transparent and fair pay and evaluation systems are vital components of labour rights. Unjust pay adjustments and performance evaluation practices not only demoralize employees but also exacerbate inequality among them. SUHAKAM must lead by example by implementing transparent and fair pay adjustment and performance evaluation mechanisms, ensuring all employees understand the standards and benefit from open and transparent decision-making and communication processes.

LLRC urges the government to act immediately to address the legitimate demands of the SUHAKAM employees. To ensure the independence of the commission and protect its employees’ fundamental rights, the government should increase budgetary support for the SUHAKAM to ensure the commission’s employees enjoy the same salary and benefits standards as those under the Public Service Remuneration System (SSPA) and guarantee equal protection of labour rights for employees of independent institutions.

It is worth noting that this is not the first instance of internal conflict within the SUHAKAM. Two years ago, the SUHAKAM’s former deputy secretary Shahizad Sulaiman filed complaints against former chairperson Rahmat Mohamad for racial discrimination and abuse of power. However, such a case has been left unresolved after being referred to the Prime Minister’s Department’s Legal Affairs Division. The recurring labour rights issues highlight the seriousness and urgency of the problem.

LLRC strongly supports the establishment of a union by the SUHAKAM employees. This move signifies the awakening of collective power among employees and represents a critical step in defending labour rights. A union not only provides a platform for employees to voice their demands and negotiate collectively but also helps address long-standing and structural issues.

LLRC will continue to stand in solidarity with the employees of the SUHAKAM to defend labour rights and promote a fair and transparent working environment.

END

Gopal Kishnam Nadesan
Secretary-General
Labour Solidarity and Learning Resources Association (LLRC)

Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Solidariti Pekerja dan Sumber Pembelajaran (LLRC) di Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2024:

LLRC Bersolidariti Bersama Pekerja SUHAKAM, Mendesak Kerajaan Bertindak Segera

Pertubuhan Solidariti Pekerja dan Sumber Pembelajaran (LLRC) menyatakan solidariti bersama pekerja Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan layanan adil, termasuk memperjuangkan mekanisme gaji dan penilaian prestasi yang telus dan saksama. LLRC turut menyeru kerajaan agar segera menangani isu-isu ini dan menyokong penubuhan kesatuan pekerja bagi melindungi hak mereka.

Menurut Presiden Kesatuan Sementara SUHAKAM, Elza Nadiah Shaik Sulaiman, pekerja SUHAKAM akan mengadakan piket pada hari Jumaat ini untuk membantah layanan yang tidak adil. Protes ini akan menumpukan kepada isu pelarasan gaji yang tidak adil, sistem penilaian prestasi yang menggunakan dua piawaian serta larangan SUHAKAM terhadap pekerja menyertai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Sebagai sebuah institusi bebas yang memperjuangkan keadilan dan hak asasi manusia, SUHAKAM seharusnya menjadi contoh teladan dalam menjunjung hak pekerja. Namun begitu, pertikaian pekerja dalaman di dalam suruhanjaya itu sendiri, termasuk penerapan piawaian berganda terhadap pekerja telah mencalarkan kredibiliti dan imejnya di mata awam.

Sistem gaji dan penilaian prestasi yang adil dan telus adalah komponen penting dalam hak pekerja. Pelarasan gaji yang tidak adil serta amalan penilaian prestasi yang berat sebelah bukan sahaja melemahkan semangat pekerja tetapi juga meningkatkan ketidaksaksamaan di kalangan mereka. SUHAKAM perlu memimpin dengan teladan dengan melaksanakan mekanisme pelarasan gaji dan penilaian prestasi yang adil dan telus bagi memastikan semua pekerja memahami piawaian tersebut serta mendapat manfaat daripada proses keputusan dan komunikasi yang terbuka serta telus.

LLRC mendesak kerajaan agar segera bertindak untuk menangani tuntutan sah pekerja SUHAKAM. Bagi memastikan kebebasan suruhanjaya ini serta melindungi hak asasi pekerjanya, kerajaan harus meningkatkan sokongan bajet kepada SUHAKAM untuk memastikan pekerja suruhanjaya itu menikmati gaji dan manfaat yang setara dengan piawaian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) serta menjamin perlindungan yang sama terhadap hak pekerja bagi pekerja institusi bebas.

Perlu diingatkan bahawa ini bukan kali pertama berlaku pertikaian dalaman di SUHAKAM. Dua tahun lalu, bekas timbalan setiausaha SUHAKAM, Shahizad Sulaiman telah membuat aduan terhadap bekas pengerusi Rahmat Mohamad atas dakwaan diskriminasi kaum dan salah guna kuasa. Namun begitu, kes tersebut dibiarkan tergantung setelah dirujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM). Isu berulang berkaitan hak pekerja ini menunjukkan betapa serius dan mendesaknya masalah ini untuk diselesaikan.

LLRC turut menyokong penuh penubuhan kesatuan pekerja oleh pekerja SUHAKAM. Langkah ini menandakan kebangkitan tindakan kolektif di kalangan pekerja dan merupakan langkah penting dalam mempertahankan hak pekerja. Kesatuan pekerja bukan sahaja menyediakan platform untuk pekerja menyuarakan tuntutan mereka dan berunding secara kolektif tetapi juga membantu menangani isu-isu jangka panjang dan struktur yang telah berakar umbi.

LLRC akan terus berdiri bersama pekerja SUHAKAM dalam mempertahankan hak pekerja serta mempromosikan persekitaran kerja yang adil dan telus.

TAMAT

Gopal Kishnam Nadesan
Setiausaha Agung
Pertubuhan Solidariti Pekerja dan Sumber Pembelajaran (LLRC)

劳工法改革联盟 (LLRC) 于2025年1月9日在吉隆坡发布的媒体文告:

劳动法改革联盟支持人权委员会员工诉求,呼吁政府立即采取行动

劳动法改革联盟支持人权委员会员工争取公平对待的诉求,包括支持透明和公平的薪酬及评估机制对劳动权益,并呼吁政府采取行动解决问题,同时支持员工成立工会保障其权益。

人权委员会工会临时主席艾扎(Elza Nadiah Shaik Sulaiman)表示,人权委员会员工将于本周五举行集会,抗议不公正待遇,其中诉求包括不平等的加薪安排、双重标准的绩效评估系统和人权委员会阻止员工参与公共服务薪酬制(SSPA)。

作为倡导公平与正义的独立机构,人权委员会理应树立榜样,带头捍卫人权,特别是维护劳工的基本权益。然而,该机构内部却发生了劳动权益争议,对员工采取双重标准,严重损害了其公信力与社会形象。

透明和公平的薪酬与评估制度是劳动权益的重要组成部分,不公平的加薪和绩效评估制度不仅可能导致员工士气低落,更会进一步加剧员工之间的不平等待遇。人权委员会应以身作则,提供透明且公平的加薪与绩效评估机制,确保所有员工了解相关标准,并受益于公开透明的决策和沟通流程。

劳动法改革联盟呼吁政府立即采取行动,积极回应人权委员会员工的合理诉求。为保障人权委员会的独立性及其员工的基本权益,政府应增加人权委员会的预算支持,让人权委员会员工享有与公共服务薪酬制(SSPA)相同的薪资与福利标准,确保独立机构员工的劳动权益受到平等保护。

值得一提的是,这并非人权委员会首次爆发内部争议。两年前,该机构就曾发生助理秘书沙希查投诉前主席拉末莫哈末种族歧视与滥权的事件。然而,此类案件在提交至首相署法律事务部门后却不了了之,劳工权益一再发生进一步反映了问题的严重性与紧迫性。

因此,劳动法改革联盟坚决支持人权委员会员工成立工会。这一举措标志着员工集体力量的觉醒,是捍卫劳动权利的重要一步。工会不仅为员工提供表达诉求和集体谈判的平台,也有助于推动长期性和结构性问题的解决。

劳动法改革联盟将继续与人权委员会员工团结一致,捍卫劳动权益,推动公平和透明的工作环境的实现。

哥巴克里斯南 Gopal Kishnam Nadesan
劳工法改革联盟秘书长