Kenyataan Media Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan pada 1hb Feb 2021 di Shah Alam
Sebagai tindak balas kepada pengumuman pemerintah bahawa semua majikan wajib memberikan ujian saringan untuk semua pekerja migran, Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan menggesa kerajaan untuk melakukan ujian secara besar-besaran untuk semua pekerja, tidak kira mereka pekerja tempatan atau pekerja migran.
Maklumat penting adalah, didapati bahawa penjarakan fizikal amat sukar dilakukan di kilang pembuatan atau tempat pengeluaran yang padat akibat kekurangan ruang. Pekerja tempatan dan pekerja migrant terdedah kepada risiko dijangkiti Covid-19.
Menghadkan ujian saringan hanya kepada pekerja migran adalah tidak masuk akal. Pengesanan awal Covid-19 dapat melindungi kesihatan semua pekerja dengan lebih baik.
Sekiranya kos yang menjadi faktor penyebab, kami menggesa kerajaan, majikan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk berkongsi kos ujian saringan untuk pekerja.
N. Gopalkishnam and Irene Xavier
Pengerusi Bersama
Gabungan Reformasi Undang-Undang Perburuhan