Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkeranian Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia (UPCW)

Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkeranian Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia (UPCW) ditubuhkan pada tahun 1960. Kesatuan tersebut menerima kerani, operator komputer, operator mesin atau penaip di Pos Malaysia Berhad sebagai anggotanya.

Objektif UPCW ialah untuk mengekalkan kepentingan dan kebajikan ahli-ahli, melindungi hak dan maruah ahli-ahli, memperjuangkan keadilan, kebenaran dan lain-lain.

Pada tahun 2022, Presiden UPCW Mohd Effendy bin Abdul Ghani dipilih sebagai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

UPCW boleh dihubungi di 03-22736864  atau upcw@pos.com.my

Alamat : No 75-3, Tingkat 3, Jalan Thambapillai, Off Jalan Tun Sambanthan, 50470, Kuala Lumpur.

Sumber maklumat dan gambar : https://upcw.org/